Proses mengenal hati

Bercinta ni mungkin boleh disamakan dengan bertunang. Cuma bezanya,tak declare kat mak bapak. Mungkin tahu. Mungkin tidak. Kalau putus pun tak la malu sebab bukan semua orang tahu. Tapi difikirkan semula, sama la jugak dengan bertunang yang pada dasarnya tidak perlu pun untuk dihebah-hebah kan. Tapi zaman kini, bertunang serupa bernikah pada zaman dulu. Ada hantaran. Pelamin bagai.

Bercinta. Bertunang. Satu proses untuk mengenal hati budi pasangan. Sesuai atau tidak. Sehati sejiwa atau tidak.Boleh terima kelebihan masing-masing atau tidak. Boleh pejam mata dengan kekurangaan atau uidak. Proses suai kenal. Kalau tak ngam, putus. Kalau tunang meriah cam kawen, tanggung la malu. Biasa la masyarakat kita. Suka menghukum.

Cinta. Mudah melafazkan. Kau ras getar, kau lafaz. Kau rasa bahagia kau lafaz. Hanya kau yang aku cinta. Kau la nyawaku. Kau la senyumku. Kau la segalanya. Hidup ini pudar tanpamu. Manis. Indah. Tapi kau nampak apa yang kurang, kau menghilang. Itu maknyanya hanya mainan bibir. Sementara.

Sbenarnya mudah. Jika seseorang benar-benar meletakkan hidupnya atas diri kau, dia akan terima kau seadanya. Betul. Contoh, kau cepat panas. Selalu naik angin. Bawak la berbincang. Jika benar dia mencintai kau, dia akan terima. Mungkin pada sesuatu situasi, semakin payah. Dia sukar menerima. Tanya la pada diri sendiri, kenape begini. Ceritakan pada si dia. Si dia pula jangan ambil enteng. Berhati-hati untuk tidak membangkitkan kemarahannya. Setiap orang, marah bersebab. Mana mungkin tiba-tiba saja hujan lebat. Mestilah berangin dulu, baru mendung, kemudian hujan. Lagipun jangan yang buruk saja kau pandang. Mungkin ada sisi yang lebih baik darinya hingga dapat menutup yang buruk. Kenali la pasangan anda dahulu baru membuat keputusan. Jika kelak kau tidak menyesal, cinta kau hanya di bibir saja.

Aku terbaca status seorang teman.

seriously , tak suke lelaki yg suke cakap lepas . Tak kire la dlm fb ke , dgn membe2 ke .. Tak suke . Bile dah ckp lepas tu , tak mustahil die akan ckap kasar dgn isteri dan anak anak mereka .

Ini kenyataan menghukum. Serius. Kau belum kenal tapi sudah menghukum. Susah. Cinta ini bukan hanya mencari pasangan yang sempurna. Cinta ini saling. Saling melengkapi. Kelebihannya menutup kelemahan kau. Kelebihan kau menutup kekurangan dia. Itu cinta. Itu namanya berpasangan. Lihat la diri sendiri. Tanya la diri sendiri. Sempurnakah aku untuk mencari kesempurnaan pasangan aku. Ada sebab kenape tuhan ciptakan manusia itu serba kekurangan.

                                       ..................................................................

Sampai sekarang aku masih lagi bersabar untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang maha sinis. 
Kata-kata membuatkan kau terpaku. 
Memberikan persoalan yang tidak mungkin kau jawab. 
Membuatkan kau malu. 
Secara jujur kau belum tahu sisi aku yang lebih gelap. 
Kerana aku tahu jawapan kau untuk mempertahankan diri. 
Kita sudah berpisah.
Apa kau mahu lagi
Aku tahu 
Ini.

2 ulasan:

ayut berkata...

mmmm...cane ek..?yg penting,selagi lom sedia nak gedik2 ganggu hati si dia....biar jela duk dlm gelap tu :)

asunDalbolong berkata...

hahaha...yg ats tu cuma ckp kosong.