Jika tiada syurga dan neraka

Aku terfikir
Sehari kau ada lima waktu untuk bersujud
Enam belas rakaat
Tiga puluh dua kali kau bersujud
Itu yang wajib
Sunat?
Tapi untuk apa?
Kerana itu yang Islam ajar
Jadi kau turuti saja
Kerana itu kebiasaan kau
Rasa semacam jika tinggal
Atau kau takutkan neraka
Menggigil hanya memikirkanya
Atau kau inginkan syurga
Bekalan untuk hari pengakhiran
Jika syurga dan neraka tiada
Masih kau melakukan pekara sama
Kalau dari pengamatan mata kasar
Semua mahukan syurga
Semua takutkan neraka
Berbondang-bondang bekalan dibawa
Entah
Aku rasakan sesuatu
Seperti mementingkan diri
Seperti di akhir nanti kau akan berkata
Ya tuhanku
Ini hasil semasa aku hidup
Layakkah aku ke syurgamu
Seperti mahu menunjukkan sesuatu kepada pencipta
Bukan aku benci
Bukan aku tertawakan
Bukan
Cuma untuk apa kau menyembahnya
Untuk syurga
Ataupun memang Dia layak disembah
Adakah kita benar-benar ikhlas
Adakah kita benar-benar tulus
Contoh
Ini hanya perumpamaan
Bukan niat untuk menyamakan tuhan dan manusia
Subhannallah
Bila kita hormatkan seseorang
Adakah perasaan hormat itu datang
Kerana kita takut
Atau dia memang layak untuk dihormati
Begitu lah
Mana mungkin tuhan mahu disembah
Hanya untuk menunjukkan kekuasaannya
Tulus dan ikhlas itu yang penting.