Lelaki itu aku

Lelaki ini yang keras hatinya
Lelaki ini yang pemarah
Lelaki ini yang sangat tinggi egonya
Lelaki ini yang kemarahannya sentiasa meluap-luap
Lelaki ini yang kasar percakapannya
Lelaki ini yang pada dasarnya penuh kekurangan
Tapi
Bila mana hatinya tenang
Bila mana hatinya gembira
Bila mana hatinya penuh kasih sayang
Akan dijadikan kau wanita paling gembira
Akan dijadikan kau puteri
Gayanya sedikit pun tidak menggambarkan kekurangan
Penat lelah diketepi
Hanya untuk memastikan kau gembira
Hanya untuk memastikan kau bahagia
Tidak kira bila
Tidak kira bagaimana
Biar pun susah
Biar pun payah
Hanya satu tujuan
Melihat kau tersenyum bahagia
Tapi
Kenapa marahnya kau lihat
Kenapa egonya kau perhati
Kenapa kasarnya kau ingat
Kenapa kekurangannya kau cari
Kenapa sayang
Jika kekurangan kau lihat
Kebencian kau dapat
Jika kebaikan kau pandang
Kebahagian kau pegang
Aku cuma harap kau bersabar
Kenali aku yang sebenar
Aku tahu semua yang sudah terlambat
Kau sudah menemui teman sebenar
Setiap masa memuji
Setiap masa berlembut
Aku iri hati
Aku terasa hati
Kerana kau belum kenal aku
Diri aku yang sebenar

Tiada ulasan: