Aku teringat seminggu lebih yang lepas
Kau yang ragu-ragu dengan keputusan kau
Mahu aku terus menunggu dan
Mahu aku tidak terus menunggu
Aku tenang
Aku tenang kerana aku mengetahui
Mengetahui bahawa kau cuma mahu menjaga hati aku
Mahu menghilangkan rasa bersalah kau
Aku diam kerana mungkin aku tersalah
Tapi aku yakin ramalan aku benar
Sengaja aku mengacah kau supaya membuat keputusan yang tepat
Sengaja aku mengingatkan kau kekurangan aku
Sengaja aku mengandaikan masa depan jika masih memilih aku
Aku cuma mahu lihat kau bersungguh
Cuma mahu melihat kau betul-betul mahu
Apa gunanya aku merayu
Merayu supaya kau kekal di sisi
Tapi hati kau tidak rela
Masih memikirkan kelemahan aku
Kau tahu betapa kecewanya aku
Betapa hancurnya hati aku
Memang tidak terlihat
Memang tidak tergambar
Kerana aku tidak mahu kau rasa bersalah
Kau tahu betapa payahnya untuk berlakon sebegitu
Untuk terus bertopengkan kegembiraan
Memalsukan ketawa
Kau tahu
Aku paling susah hendak mimpi
Tapi kau hadir dalam mimpi aku
Hanya tidur sebentar
Ya Allah
Indah
Mimpi yang indah
Pendek tapi sudah cukup membuat aku tersenyum
Setiap masa aku tersenyum lebar
Perasaan itu masih terasa
Aku rindukan kau
Terlalu
Kau kata kau rindu aku
Kau kata jangan marah jika kau rindu aku
Tidak sayang
Hanya dengar ucapan itu
Mahu saja gugur jantung ini
Tapi itu enam hari lepas
Tanpa khabar berita
Senyap
Semalam
Sekali lagi kau mengecewakan aku
Kau sudah berpunya
Mesra
Tidak mampu aku berkata
Hanya bermonolog sendirian
Sangkaan aku betul bukan
Takkan la begitu cepat
Mana harapan
Mana keputusan teragak agak kau
Mana rindu kau
Mana.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan