Mustahil

Pelik
Dulunya kau beria
Dulunya kau mahu
Dulunya kau yakin
Kau buat aku terpinga-pinga
Tiada angin tiada ribut
Kau ambil langkah drastik
Tapi
Kini kau datang
Datang untuk memberitahu
Sesuatu yang mengelirukan
Sesuatu yang aku pun tak pasti
Aku masih terpinga
Bercakap tanpa rasa bersalah
Bercakap seperti hati ini tidak berubah
Pelik
Kau baca di dalam ini?
Kenapa kau yakin aku menunggu
Apa kau jangka itu mungkin
Tapi kalau seperti ini
Mustahil