Randomness

Aku ada beberapa ciri perempuan yang takut untuk  aku dekati
Diulangi, AKU
Yela, setiap orang ada lain-lain bukan
Secara khususnya, perempuan yang nak dijadikan bini
Setakat kawan, mana mungkin terjadi
Sebab aku takkan mulakan dulu
Melainkan lelaki
Bagi aku untuk mengenali perempuan secara mendalam
Hanya untuk menjadikan dia istimewa
Kawan perempuan, biasa-biasa sudah
Oleh itu aku dicop tinggi diri

Secara kasarnya
Aku takut dengan perempuan cantik
Yang mana bila lelaki lihat
semua memuji
Kerana aku juga sedar diri
*gelak

Kemudian yang mana tuding melilit-lilit
Fashionista
Aku bukan begitu
Takut-takut tidak terkejar
Bila orang tengok bagai langit dengan bumi
*senyum sendiri

*belum habis tersenyum
Yang ini lagi gerun
Gambar-gambar muka buka yang mewah
Makan disitu
Minum disana
Lepak disini
Starbuck
Pizza hut
Kenny
Dan jenama-jenama yang asing bagi aku
*gelak lagi
*pasang lagu jimmy palikat
*gelak
Walaupun sudah berkerjaya nanti
Masih takut

Ini sahaja mungkin
Terganggu dengan nyanyian sendiri
Hilang fokus

2 ulasan:

ayut berkata...

aku bace pon dah dapat bayang masu :)
jgn takut-takut ea...hahaha

asunDalbolong berkata...

orang biasa untuk orang biasa...hahaha