Hairan-hairan

Hahahahaha...Ini lagi satu bodoh.


Berita penuh
URUTAN PERISTIWA


  • 2.00 petang – Persiapan untuk majlis lafaz sumpah laknat. Sekumpulan penyokong PKR memasuki bahagian depan masjid untuk membantah majlis berkenaan sehingga berlaku ketegangan.

  • 2.30 petang – Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin membuat pengumuman meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
    – Enam lelaki mengangkat sepanduk yang tertulis ‘qazaf, bukan sumpah’ sambil melaungkan reformasi serta kata-kata kesat terhadap Datuk Trio dan TV3.

  • 2.50 petang – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa lagi penyokong PKR keluar dari dewan masjid dan membuat sidang media, sebelum itu mereka menunaikan solat hajat.

  • 3 petang – Keadaan kembali terkawal apabila penyokong pembangkang mula keluar dari kawasan masjid. Cakap-cakap Datuk Trio sedang dalam perjalanan ke masjid mula tersebar di kalangan wakil media.

  • 3.10 petang – Polis menutup pagar utama masjid bagi mengelak lebih ramai pihak tidak berkenaan memasuki kawasan terbabit.

  • 3.40 petang – Keadaan sekali lagi kecoh apabila wakil media mula mengambil tempat di bahagian depan dewan masjid dan menunggu ketibaan Datuk Trio.
    – Polis menutup pintu masuk ke dalam dewan masjid bagi mengelak terlalu ramai orang berada di dalam masjid.
    – Sesekali terdengar laungan takbir di kalangan beberapa lelaki dipercayai penyokong pembangkang.

  • 4.10 petang - Datuk Trio tiba dengan tiga kenderaan termasuk sebuah MPV
    – Mereka dibawa masuk ke dalam dewan masjid dengan kawalan ketat oleh beberapa pengawal peribadi serta anggota polis.
    – Mereka terus menunaikan solat sunat dengan kawalan pengawal peribadi serta anggota polis.

  • 4.25 petang – Lafaz sumpah selesai.

    – Wartawan cuba mendapatkan ulasan Shazryl Eskay namun tidak berjaya apabila penyokong pembangkang mula berasak-asak ke arah mereka bertiga.
    – Kedengaran seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi Shazryl Eskay berkata: “bawa mereka keluar sekarang.”
    – Ketiga-tiga mereka dibawa keluar dari dewan masjid dengan kawalan ketat pengawal peribadi serta polis.
    – Beberapa lelaki kelihatan berasak-asak ke arah mereka dan berlaku tolak menolak.
    – Datuk Trio meninggalkan masjid melalui pagar belakang dengan tiga kenderaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


  • Siap ada kronologi lagi...hahahahaha..Dah macam kronologi gempa bumi...Hahahaha...Propaganda...Hahahaha..Ini....Ini...Sumpah bodoh...Kah kah kah..Jubo eskay mantap tak..Aauuumm!Hahahaha....

    Tolong la bagi aku terajang seko ni


    Ini.....Ini...Sangat bodoh.Aku facepalm tengok.Aduyai.Someone please tell me that im dead.Aku rasa shit doh.Haish!.Mende ni.Lau aku dibagi peluang terajangorang,Shazryl Eskay leh masuk list.


    Come on la.Benda dah terang lagi bersuluh lu nak sumpah mende lagi.Tak takut ke kene laknat.Ke takde pilihan dah.Kesian aku tengok.Sedih.Dah terang-terang tu bukan Anwar Ibrahim nak jugak cakap ye.Kesian.


    Untuk megetahui kebenaran anda kene tengok.

    Terima Kasih

    Lega.Hilang sedikit beban.Aku mencuba sedaya mampu.Tapi aku tahu boleh lagi aku memerah segala yang ada.Satu persatu,sedikit-sedikit hilang.Syukur pada Illahi.

    Tiru dan tampal

    Dikala ini aku keseorangan.Tanpa teman.Bukan aku tidak mahu bersosial.Bukan tidak mahu bergelak tawa bersama teman.Tetapi aku lebih mahu sendiri.Hanya bunyi kipas menemani.Diselang seli kicauan burung.Kadang kala deruman kenderaan memecah bunyi.Aku merasai diri sendiri jika keseorangan.

    Aku lebih suka melayan perasaan.Mungkin.Atau pun hanya berdiam diri.


    *terdiam


    Ah,tidak pasti aku.Yang aku yakin,aku hanya melayan keadaan dunia tanpa pengertian.Hanya memandang.Ibarat ketika aku melihat awan berarak dengan angin pantai serta ombak berderu.Kosong.

    *menghela berat

    Terlalu banyak aku fikirkan.Beban yang tidak tertanggung.Berat.Harapan keluarga yang menggunung.Tidak dapat aku penuhi.

    Aku bukan aku.

    Alangkah baiknya jika lebih awal mengetahui potensi diri.

    *menghela lagi

    Dimana silapnya.Manakah puncanya.Seperti mengharapkan yang terbaik begitu juga seperti mengharap bumi lari dari paksi.Masa diulang kembali.

    Aku sentiasa berkejar di belakang.Berlari.Merangkak.Bagaimanapun keadaannya mahu juga aku mengejar.Keseorangan.Berteman sekali sekala.Masih tertinggal.

    Betahun lamanya tidak aku mengecapi manis kejayaan.Separuh dekad.Lama.Sejarah menunjukan setiap separuh dekat aku merasai manis kejayaan.Walau tidak semanis mana tetapi aku merasai nikmatnya.Akan berulangkah sejarah?Tidak pasti.

    *diam
    *ligat berfikir

    Aku lebih suka merendah diri.Bukan terlalu hebat.Kerana sedar akan kemampuan sendiri.Mengapa perlu bermegah jika tahu *harga diri.Tidak perlu dinilai orang lain.Aku kenal aku.

    Aku tahu betapa mak dahagakan kejayaan aku.Betapa dia mahu melihat kejayaanku.Mampukah aku.

    *terbeban

    Aku tahu apa jawapan mereka untuk ini.Sangat mengetahui


    Nota : harga diri merujuk kepada kemampuan/potensi diri

    Revolusi bola sepak

    Ok.Ini sangat cool.Bola yang boleh detect ketidakadilan referee macam goal maradona atau pun henry.Juga sewaktu gol england lawan germany.Tapi aku tertanya-tanya,adakah bola ni masih sama feel dia cam bola biasa kalau kita sepak?Free kick Beckham jadi tak ngan bola ni?Free kick Ronaldo?Pape pun orang yang leh buat benda ni memang genius.






    Hitam sangat kewl.

    Stylo Mylo

    Memang sangat sesuai dibuat kepada En Char Kuey.Tapi cam bese la.Masing-masing membara,bile dah buat pastu semua fail masing-masing cari sape yang salah.


    Kredit to Chio

    Creative commercial

    Aku ada benda nak tulis tapi masih takde mood nak cakap banyak-banyak.Pikir punya pikir nak tulis pe aku jumpe ni kat youtube.




    Damn creative

    Polis bangang tak sudah-sudah

    Ni lagi satu bangang.

    SARBANI MATI AKIBAT KEMALANGAN – kosmo

    KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

    Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

    “Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

    Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

    Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu.


    Ni di namakan situasi win-win.Keluarga arwah nak kan jawapan bahawa arwah bukan bunuh diri.Nah,polis cakap bukan bunuh diri.Kemalangan.Di pihak yang lain selamat sebab kes akan ditutup kerana arwah kemalangan.


    Perhatikan gambar betul-betul.Tingkap yang kecik camtu camne nak cakap arwah kemalangan?Nak duduk lepak pun payah.Tergelincir jauh sekali.Wahai polis.Nak jadi bangang sorang-sorang la.Tak guna la ada CSI camni.Gile tak cerdik polis Malaysia.



    Polis kerajaan punya.
    SPRM kerajaan bayar gaji punya.
    SPR jangan cite,sama je.
    Mahkamah dua kali lima.
    Dah tu pe yang tinggal untuk rakyat Malaysia?
    Tak kan nak protes sentiasa.
    Ada ke orang nak cara?





    Makanan Malaysia tak sihat-Di larang

    Semalam,kat paper cakap kantin sekolah dilarang menjual makanan yang menyebabkan obesiti.Contohnya nasi lemak.Di larang jual.Cuma boleh sekali seminggu je.Makanan lain pulak cam nugget - makanan ringan.

    Apa ke bangangnye menteri malaysia ni.Nasi lemak bapak la sedap.Mana la leh nak di larang.Tu salah satu reason gak.Untuk sekolah luar bandar,letak la minimum duit poket singgit.Minimun ye.Aku agak-agak je.Dulu aku dapat 50sen je.So untuk masa sekarang naik la skit ye dak.Ok.Benda berkhasiat pe la yang kau dapat ngan seringgit.Cakap skit.Kat kantin sekolah ada ke jual nasi berlauk?


    Come on la Malaysia.Cari la formula yang berkesan sikit.Lagipun makanan kat Malaysia semuanya terlebih.Gula dalam sambal.Lemak dalam lemak cili api.Knorr cukup rasa.Opps.Dah tu kenape tak nak larang sekali masakan macam tu.Guru pun kene makan khasiat gak.Bukan budak-budak je kene obesiti.


    Tu tak kira lagi roti canai.Minyak dia.Pergh!.Oh,lupa lak roti canai takleh ban,nanti KIMMA tak bagi sokongan.Kah Kah Kah.


    Bagi aku,makanan kat sekolah tu bukan punca obesiti kat budak-budak.Ye,memang makanan tu tak sihat tapi bukan punca.Banyak lagi faktor.Keluarga kaya sangat,bagi duit poket lebih.Budak-budak ngan jajan mana leh dipisahkan.Ni kalau sebelum makan nasi dah makan jajan, pastu pas makan nasi makan jajan lagi mana la tak sihat budak tu.Ni tak kira lagi balun makan tengah malam.


    Dari kau Larang tu larang ni baik beri pendedahan pasal obesiti.Bagitau kesan obesiti.Bagitau yang sarapan tu penting.Waktu-waktu makan yang sesuai.Benda pe kene buat/tak patut buat pas makan.Bukan budak-budak je kene,mak bapak pun.Bukannya catat masalah obesiti kat dalam kad pelajar.Adoi.Kau bukan pusat kesihatan.Kau sekolah tahu.Budak-budak,kau larang lagi la dia buat.Gertak sikit sudah.


    Gemuk bukan tanda sakit.Kurus bukan tanda sihat.Tengok Rosmah,sihat je.Muhyidin lek je.Kih Kih Kih.



    Untuk budak Kuala Pahang, bangun kul 7 cari nasi minyak kedai awek pekene ngan kopi.Plus surya yang sedang terbit.Walla!

    hillsborough disaster

    The day was yesterday


    R.I.P

    Kolumpo

    Mendapan: Penduduk Kampung Pindah diarah pindah

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 keluarga penghuni 10 rumah di Kampung Pindah dekat Kampung Baru di sini yang terbabit dengan kejadian mendapan tanah berikutan hujan lebat semalam, diarah berpindah segera ke penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak.

    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata langkah itu penting bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.
    "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membantu dalam pemindahan tersebut...rumah-rumah (PPR) ini mungkin siap petang esok," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga berkenaan di Dewan Orang Ramai Jalan Hamzah di Kampung Baru hari ini.
    Kampung Pindah yang juga sebuah kampung dalam kawasan Kampung Baru, terletak berdekatan Wisma PERKESO di Jalan Tun Razak.

    Raja Nong Chik turut meminta Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) supaya melakukan siasatan secepat mungkin di sekitar Kampung Pindah.

    "IKRAM (mungkin) ambil masa sedikit pasal mereka perlu buat kajian tanah dan juga tekanan air dan lain-lain. Saya diberitahu dalam masa sebulan, IKRAM akan cuba siapkan laporan tersebut," katanya.

    Beliau berkata, masa dua minggu diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan untuk menyiapkan proses pemulihan sistem perparitan di Kampung Pindah bagi jangka pendek.
    Raja Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, Yayasan Wilayah Persekutuan, UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan memberi bantuan makanan dan kewangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

    Sementara itu, wakil keluarga berkenaan Abdul Ghani Mohd Nor, 47, berkata mendapan tanah tersebut adalah yang kedua berlaku di kampung berkenaan.

    "Kejadian kali ini teruk... sebelum ini, ia berlaku pada 24 Februari lalu tetapi tidaklah (berlaku) tanah jerlus macam ini," katanya sambil menjelaskan mendapan tanah itu berlaku kira-kira 8.30 malam tadi selepas hujan berhenti.

    Beliau berkata, kejadian kali pertama hanya membabitkan rekahan jalan raya dan sebanyak 17 keluarga terpaksa berpindah ke kawasan selamat.

    Abdul Ghani juga mendakwa longkang air dari Sungai Bonus berhampiran Wisma Bernama yang mengalami sedikit keretakan, ditambah limpahan dari Sungai Klang berhampiran Kampung Baru, menyebabkan air mudah melimpah bawah tanah di kawasan Kampung Pindah.

    "Apabila air itu tidak dapat mengalir masuk ke Sungai Klang dengan sempurna, maka ia melimpah di bawah tanah dengan begitu deras," katanya yang turut mendakwa limpahan air bawah tanah itu mencetuskan letupan sehingga menghasilkan lubang besar sedalam 20 hingga 25 kaki.

    Katanya, penduduk kampung itu sentiasa diselubungi kebimbangan setiap kali hujan lebat berikutan masalah sistem perparitan di Sungai Klang yang sering tersekat oleh sampah-sarap. - BERNAMA




    Tu dia....kerajaan nak curik tanah kampung baru.....
    hahahaha...Manusia-manusia.... 

    Happy Photos To Make You Smile

    Hopefully, these pics will brighten up your day



    A reminder to celebrate life each and every day!



    Cherish your friends … and hang out together often.



    Don’t covet what you cannot have.


    amazing photos: bridge
    Savor the miracles all around you.



    amazing photos: mother daughter
    Always remember what’s most important in your life.



    amazing photos: cat
    Be open to seeing life from a variety of different perspectives.



    amazing photos: logs
    Good things happen when you think outside the box.



    amazing photos: cat dog friends
    Friends can take on many unexpected forms.



    amazing photos: cat water
    Enjoy life one small sip at a time.



    amazing photos: man truck
    There’s always tomorrow …



    amazing photos: cats bird
    Life is not always fair.





    amazing photos: swimming pool
    Don’t let the weight of the world sit on your shoulders.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    .

    .
    .
    .
    .
    .

    Last but not least.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    .
    .
    .
    .
    .
    .

    Tanya sama pokok apa sebab goyang

    "SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

    Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu. Berita lanjut


    Kenyataan dari seorang pro kerajaan walaupun aku tak tau dia sokong mana.Mungkin kenyataan untuk memberi keselesaan pada diri sendiri pada masa depan.Boleh jadi.Bahaya tukar kerajaan sebab pembangkang takde pengalaman.Nonsense!Macam mana kau nak tau sedangkan kau tak pernah diberi peluang?

    Byangkan kau nak cari keje tapi company tak bagi peluang untuk kau tunjukan apa yang kau leh buat.Padahal ilmu penuh kat dada,teori petik jaru je leh kuar,keje-keje praktikal mungkin tak sebagus mana tapi leh asah lagi.Tengok muka memang alim la,takkan amik rasuah punya.Still tak diterima.Katanya takde pengalaman.Bodoh ke hape?Macam mana nak dapat pengalaman lau tak bagi peluang.Bodoh.Padahal kat dalam company tu ada yang selalu goyang kaki,kuat amik rasuah.


    Bos paling atas tengok sampah-sampah kat dalam company patut disingkirkan.Merugikan company.Bile sampah ni tau bos nak amk pekerja baru,mula la tingkatkan produktiviti.Tunjuk bagus.Tak jadi nak amik pekerja baru.Alasan pekerja lama lebih pengalaman.


    Dalam sesebuah negara demokrasi,Rakyat la paling berkuasa.Rakyat yang menentukan.Rakyat yang memilih.Tak perlu tunjuk mana bagus mana tak.Rakyat tau lama dah.Kalau yang tak tau sebabnya kerajaan yang memerintah sengaja tak bagitau.Macam orang Sabah ngan Sarawak.Macam mana budak-budak boleh tinggal pelajaran walaupun semenanjung dikatakan maju.Ini kerana mereka dibiarkan tanpa pelajaran supaya kerajaan mudah menindas mereka.Take note orang Sabah ngan Sarawak.Bukan kat semenanjung takde budak yang tercicir tapi peratusan kat semenanjung terlalu kecil jika dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak.



    Setiap kali pilihanraya,kerajaan menabur janji.Letak la benda paling asas.Jalan raya.Pilihanraya dah berlangsung beberapa kali.Sepatutnya sekarang takde lagi janji-janji menyediakan kemudahan asas sebab benda tu sepatutnya telah dijalan kan beberapa tahun dulu.Mana lesapnya peruntukan yang diberi ataupun cuma janji-janji manis.Sedangkan kemudahan asas pun tak tersedia jangan disebut pembangunan pulak.


    Kita yang mengundi nanti.Kalau kerajaan menang besar kat Sarawak,kemungkinan besar PRU akan dibuat dalam masa tersekat.Kalau tak,mesti ditunda.Aku rasa tak salah lau nak bagi pembangkang tadbir negara.Bukan nak cakap aku sokong pembangkang cuma aku nak tengok apa pembangkang leh buat.Mana yang memberi manfaat pada rakyat tu la aku sokong.


    Mungkin nanti akan muncul statement cakap kita orang islam kene undi orang islam sebagai ketua.Serius aku jahil bab agama.Cuba terangkan camne lak lau pemimpin islam tu kuat makan rasuah,main perempuan, maksdnya takde kredibiliti macam pemimpin islam dulu-dulu.Video ni mungkin dibuat oleh pembangkang untuk pilihanraya kat sarawak tapi isinya masih jelas dan nyata.




    Oi,kau tabur budi tu pakai duit rakyat gak.Takde duit takdenya kau nak tabur budi.

    Mulakan hari Khamis dengan ceria

    SPRM (Suruhanjaya Pengurusan Rumah Mayat)

    Ok.Bapok letak tepi.Serious time.

    Ahmad Sarbani,seorang pegawai kastam 'didakwa' SPRM sebagai bunuh diri.Tapi dimana kebenaran badan pro kerajaan ni.Menurut kenalan rapat,mangsa seorang yang alim dan warak.

    Ini laporan dari Malaysia insider pada 6 hb April.


    MUSTAHIL SARBANI BOLEH BUNUH DIRI KATA RAKAN- RAKANNYA - minsidetr

    Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

    Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

    Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

    Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

    Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

    Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

    Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

    “Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

    “Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

    “Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

    Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

    “Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

    “Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

    Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

    “Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

    “Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

    Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

    Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

    “Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

     Ni lak dari laporan dari Harian Metro hari ni, 7 hb April

    Arwah sering murung

    KUALA LUMPUR: “Arwah berulang kali menyuarakan rasa bimbang dengan siasatan yang dijalankan ke atasnya.(1) Dia tidak menceritakan secara terperinci mengenai siasatan itu, tapi memberitahu sering murung hingga sukar tidur malam.
    Demikian kata Ridzuan Mamat, 46, rakan karib Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa ditemui tertiarap dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh seorang pegawai SPRM sebelum memaklumkannya kepada pihak atasan.


    Ridzuan yang ditemui ketika menziarahi jenazah Ahmad Sarbini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berkata, perkara itu diceritakan arwah rakannya itu dalam perbualan telefon di antara mereka, beberapa hari lalu.
    (2)" Saya hanya menasihatinya agar tidak takut jika berada di pihak yang benar,” katanya.

    (3) Ahmad Sarbini sering berkongsi cerita atau masalah dengan Ridzuan yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu disebabkan hubungan baik yang terjalin di antara mereka sejak tinggal bersama di Kampung Talang, Lambor Kanan, Parit, Perak.

    Ahmad Sharbini meninggalkan seorang balu berusia 40-an dan lima anak berusia antara lapan hingga 20-an termasuk anak perempuannya yang dikatakan baru bertunang awal bulan lalu.

    Seorang rakan setugas Ahmad Sarbini yang enggan dikenali pula berkata, kira-kira jam 5 petang kelmarin, dia bermain tenis bersama Allahyarham di pejabatnya di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
    (4) Ketika itu, arwah seolah-olah melepaskan tekanan dihadapinya. Apabila saya tanya mengenai perkembangan siasatan kes rasuah membabitkannya, dia diam dan terus meninggalkan gelanggang,” katanya.


    Dari Redzuan Mohamad jadi Redzuan Mamat.

    Dari petikan Malaysia insider,mangsa diceritakan sebagai seorang yang tetap pendirian yang menganggap dirinya tidak bersalah.So,reason bunuh diri?

    Dalam petikan harian metro lak, mangsa sering murung dan sukar tido malam.Ini seolah-olah mangsa sedang dalam keadaan tertekan padahal dia seorang yang warak.As we know orang yang warak tau kat mana harus dia ceritakan masalahnya.Harian metro menggambarkan mangsa sedang sarat memikirkan masalah yang akan dihadapi jika semua kegiatannya terbongkar.Secara halusnya menyatakan mangsa bersalah.

    Ditambah pulak ngan statement kawan dia.Macam kawan dia ni tengok keadaan mangsa sangat tertekan kerana rasa bersalah.Kalau Pak cik Mak cik kampung baca memang confirm diorang akan cakap mangsa bunuh diri.

    Finally,untuk menambah rasa yang lebih lazat, satu lagi statement support dikemukakan dari seseorang yang tidak mahu dikenali.

    Kenape tak nak dikenali?Setakat member keje bersukan sama-sama je kot.Kalau alasan malas nak disoal polis,esok-esok kalau suruhanjaya diadakan untuk siasat benda ni (tu pun kalau la),dia akan kene soal gak.

    So,aku berpendapat watak seorang yang tak mahu dikenali hanyalah dicipta.

    Macam ni la keadaannya pihak media dikawal kerajaan.Setiap maklumat di edit baru di publish.

    Lepas ni,jika takde pihak yang bebas ataupun anti kerajaan berkeras untuk mendapatkan keadilan, berita ni akan lenyap camtu je.

    Kes yang lebih kurang sama ngan kes Beng Hock 2 tahun lepas.





    Mangsa dikatakan ditahan kerana SPRM tau ada pihak memberi baucher RM30 kepada beliau walaupun hakikatnya beliau paling susah menerima duit kopi.

    Miss Malaysia


    Ada orang sponser rupanya.
    Patut pun bapok kat kuantan hot-hot.Kah kah kah!
    Kalau buat survey kat ump, 4/5 mesti cakap pernah lalu kat lorong bapok.
    Mana dosa,kan aurat lelaki dari pusat sampai lutut je.


    Jangan pegi jalan pasar.Kah Kah Kah.

    counter Strike real action

    Dulu sebelum masuk kelas pukul 1ptg,datang sekolah awal lepak dulu cc,main game counter strike, takpun red alert.Serius best.Tapi sejak dari azali memang kene ayam je la main.Counter strikes game tembak-tembak antara terrorists ngn polis(anti-terrorist).Kemenangan dicapai bile semua mati antara terrorist atau polis.Now the good news, Counter Strikes real action!!!!Woooo!



    Note : Sape tak pernah main memang tak kan paham.

    Terima Kasih Malaysia #1

    Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

    "Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

    Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

    Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar.

    Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

    Pada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

    "Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

    Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

    "Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

    - Bernama



     Yeay!Harga barang tak naik walaupun RON97 naik.Tengok je la nanti.

    Yeay! Buat masa ni RON95 tak nek lagi..Tapi tunggu la,jap lagi naik la tu.Amaran awal RON95 akan naik.

    Woi!Kesian kerajaan kene tanggung subsidi pastu tambah lagi subsudi baru.Dah la nak kene bantu rakyat yang memerlukan walaupun ada banyak lagi yang tak pernah dibantu.

    Yeay!Ada pembangunan baru yang lebih menguntungkan orang yang sedia kaya.

    Wah!Ada pulak kedai jual harga diskaun.Bagus betul kerajaan.PRIHATIN dalam melenyapkan kemarahan rakyat sebab kenaikan minyak.

    Hak di tangan kita.PRU bagi pakatan menang.Tengok camne diorang memerintah.Baru leh compare mana bagus mana tak.Kalau BN lagi bagus undi la balik BN.Tu pun kalau la.

    Sistem Malaysia : Kaya semakin kaya,miskin sila mengemis.