Memaparkan catatan dengan label saje2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saje2. Papar semua catatan

lembaran yang hambar

  Hari ini.Sama seperti tarikh sebelum-sebelumnya.Tahun berbeza.Masih sama.Raya.Raya yang saban tahun semakin pudar kemeriahannya.Tidak tahu apa yang hilang.Kemana menghilang.Tapi kehilangan sesuatu.Adakah seperti kata-kata orang kebanyakkan,meningkat usia semakin hilang seri raya.Mana mungkin.Dinilai dari rata-rata orang yang membeli-belah untuk raya,semua peringkat umur masih ada.Sedikit mustahil hanya remaja yang beria-ria menyambut raya.Entah la.

  Mungkin hanya aku yang begini.Tidak sedikit pun merasa kemeriahannya.Sudah aku lupa bagaimana hendak menyambut raya.Makan bersama ke?Kunjung menyunjung ke?Pergi sembahyang raya ke?Makan banyak-banyak ke?Kalau dibuat salah satu darinya kira dah sambut raya ke?

  Entah.Raya hilang.Malam raya masih di cyber cafe.Kebosanan yang teramat.

YAWN~~

sapu-sapu...tiup-tiup sikit...lap-lap...pergh...telo cicak dah netas 6-7 kali dah...teruk sungguh blog ni...

apa-apa pun,welcome back...first entry after a few month..seminggu sebelum habis latihan industri...latihan ke?takde rasanya...bekerja ada la...tapi takde gaji...elaun...RM10 sehari....cibai...duit minyak je dah 5ringgit...kenape takde sape nak perjuangkan nasib pelajar praktikal...yawn~~~


bulan pose ni takde benda menarik kat bazar....pusing-pusing cuci mata je..Takde benda yang menarik minat...tanya-tanya harga,gulp!mahal sial...kesan kenaikan minyak..hari tu aku try survey harga ayam..8.60 sekilo lau tak silap...macam celaka....raya lepas aku beli 6.40 sekilo..walaupun dah berkurun dulu tapi tetap ada kenaikan...kalau korang cakap 'ala,tu setahun dulu,memang la murah',cuba korang pikir lau 5 tahun akan datang...2.20 darab 5...5 tahun akan datang sekilo ayam berharga 19.60 SEKILO....sekarang gaji RM1500 pun tak cukup....

masa pegi site kat seremban,taucu aku bawak pegi satu kedai indon-kedai makan biasa lau pegi seremban...kedainya kecik je...berhampiran flat kat garden avenue,seremban 2...kedai makan terbaik sejak 3 tahun kebelakangan ni..nasi goreng RM3.50,nasi putih ngan tom yam atau masakkan lain cuma 4.00..bagi aku harga ni cukup berpatutan..aku pesan tom yam..banding ngan kedai thai jauh beza la..ko pesan tomyam kat kedai thai,ko cuma akan dapat pokok-pokok serai berdaun limau purut dan berulaskan bawang ditambah sedikit ayam atau daging..kat sini ko 90% isi tomyah ko leh makan..sampah-sampah takde...memang tak kedekut la,tambah lak ngan nasi membukit...terbaik...makanan lain tak jauh beza...order mee goreng lakna,dia hidang dalam pinggan yang biasa letak siakap tiga rasa...

sekarang ni dengan harga melambung,semua orang masih mencari untung berlebih sampai menepikan rasa masakan tu sendiri...mahal tak semestinya sedap...bulan pose ni baik la masak sendiri kat umah...beli kat bazar 30 ringgit tak kurang la sehari...

bulan pose nampak macam boleh jimat tapi hakikatnya makin membazir..raya nanti lagi la...kadang-kadang aku saje berbalah pendapat ngan mak aku supaya dapat melawan arus ni tapi tak berjaya gak...hahaha..orang tua lebih memikirkan kebiasaan dah pemikiran orang lain..lagi-lagi kampung...penuh ngan orang yang menjaga hidup kau...BAHAGIANYA.....


Sian Massey


Berulang kali aku tengok,pandangan aku,pemain cardiff sengaja langgar linesman(lau perempuan kira linesman gak ke?) tu.
Tapi linesman tu jugak salah sebab dia terlalu dekat kat situ.Ye la,kene 3-0 mana tak emotional kan.Maybe sebab tu jugak dia tak tolong or say sorry.
Bagi aku,tak kira linesman perempuan atau lelaki,kene jugak say  or do something.At least ask her whether she okay or not.

muka ciut camni aku pun pikir dua kali nak langgar...kah kah kah

Pape pun dia masih lagi profesional,bangun dan menjalankan tugasnya.Biasa la,dunia lelaki kadang-kala kejam untuk perempuan.


kredit : sokerleaks

Hujan itu sunyi

Waktu semasa/selepas hujan digambarkan romantik.
Fakta ataupun hanya aku saja tidak merasa begitu?
Adakah disebabkan pandangan yang berbeza?
Tunjukkan aku bagaimana perasaan romantik itu boleh dicungkil.

Hujan.
Aku gambarkan keadaan yang
Sunyi,sejuk,suram,seorang.
Melihat gambar-gambar dibawah
Terbayang aku berada di dalamnnya.
Takut.
Di tempat asing aku keseorangan.

Fobia.
Ya,aku fobia dengan air sejuk.
Minuman sejuk jauh sekali.
Kegemaran aku.
Air sejuk untuk mandi.
Itu yang aku maksudkan.

Ketika mandi
Begitu sunyi aku rasakan.
Takut.Gelap.
Cuba aku melawan.
Akhirnya teresak sendirian.

Itu dulu.
Tapi masih terkesan lagi
Kadang-kala.























Orang kata suasana mempengaruhi diri,tidak aku nafikan.

Nak sebijik



Zaman dah berubah.Dunia dah maju.Tengok teknologi ni nak nangis rasa.Superb sangat.

Terima Kasih

Lega.Hilang sedikit beban.Aku mencuba sedaya mampu.Tapi aku tahu boleh lagi aku memerah segala yang ada.Satu persatu,sedikit-sedikit hilang.Syukur pada Illahi.

Tiru dan tampal

Dikala ini aku keseorangan.Tanpa teman.Bukan aku tidak mahu bersosial.Bukan tidak mahu bergelak tawa bersama teman.Tetapi aku lebih mahu sendiri.Hanya bunyi kipas menemani.Diselang seli kicauan burung.Kadang kala deruman kenderaan memecah bunyi.Aku merasai diri sendiri jika keseorangan.

Aku lebih suka melayan perasaan.Mungkin.Atau pun hanya berdiam diri.


*terdiam


Ah,tidak pasti aku.Yang aku yakin,aku hanya melayan keadaan dunia tanpa pengertian.Hanya memandang.Ibarat ketika aku melihat awan berarak dengan angin pantai serta ombak berderu.Kosong.

*menghela berat

Terlalu banyak aku fikirkan.Beban yang tidak tertanggung.Berat.Harapan keluarga yang menggunung.Tidak dapat aku penuhi.

Aku bukan aku.

Alangkah baiknya jika lebih awal mengetahui potensi diri.

*menghela lagi

Dimana silapnya.Manakah puncanya.Seperti mengharapkan yang terbaik begitu juga seperti mengharap bumi lari dari paksi.Masa diulang kembali.

Aku sentiasa berkejar di belakang.Berlari.Merangkak.Bagaimanapun keadaannya mahu juga aku mengejar.Keseorangan.Berteman sekali sekala.Masih tertinggal.

Betahun lamanya tidak aku mengecapi manis kejayaan.Separuh dekad.Lama.Sejarah menunjukan setiap separuh dekat aku merasai manis kejayaan.Walau tidak semanis mana tetapi aku merasai nikmatnya.Akan berulangkah sejarah?Tidak pasti.

*diam
*ligat berfikir

Aku lebih suka merendah diri.Bukan terlalu hebat.Kerana sedar akan kemampuan sendiri.Mengapa perlu bermegah jika tahu *harga diri.Tidak perlu dinilai orang lain.Aku kenal aku.

Aku tahu betapa mak dahagakan kejayaan aku.Betapa dia mahu melihat kejayaanku.Mampukah aku.

*terbeban

Aku tahu apa jawapan mereka untuk ini.Sangat mengetahui


Nota : harga diri merujuk kepada kemampuan/potensi diri

Revolusi bola sepak

Ok.Ini sangat cool.Bola yang boleh detect ketidakadilan referee macam goal maradona atau pun henry.Juga sewaktu gol england lawan germany.Tapi aku tertanya-tanya,adakah bola ni masih sama feel dia cam bola biasa kalau kita sepak?Free kick Beckham jadi tak ngan bola ni?Free kick Ronaldo?Pape pun orang yang leh buat benda ni memang genius.






Hitam sangat kewl.

Creative commercial

Aku ada benda nak tulis tapi masih takde mood nak cakap banyak-banyak.Pikir punya pikir nak tulis pe aku jumpe ni kat youtube.




Damn creative

Mari habiskan bajet UMP!

  Saya shuke jalan-jalan.Membuat lawatan industri ke johor bahru buat aku lemah semangat.Takde tempat lain ke.Bukan tak hargai orang yang uruskan semua tu.Cuma bosan ngan Johor.Aku nak tengok tempat lain.hahaha.Walaupun hakikatnya aku pegi johor 5 tahun lalu sebab nak cari keje lepas SPM.Seumur hidup aku cuma berape kali je pegi JB.Lagi pun bukan ada pape pun.Kalau takde duit toksah pegi la.FYI,aku kat ayer hitam.2 jam perjalanan nek moto lalu highway.

  Teringat dulu masa nak cari keje ngan abang aku.Ari-ari makan kene kira bajet dulu.Arini kat paper belum ada iklan keje baru so takyah beli paper.Pegi danga bay cuma tengok-tengok je.Masa tu siang-siang pun ramai orang.Tak macam sekarang.Lengang je.Nak balik helmet kene curi.Kene lenjan tak pakai helmet sorang.Pikir bajet punya pasal.Last-last kene beli gak sebab area skudai banyak polis lalu lalang.JDP 2259.Fuh!Nostalgia.Sebab pe nak pegi jauh-jauh cari keje?Gaji mahal beb.Memang la kene memburuh 12 jam.Kadang-kadang 14 jam tapi still berbaloi.Tak macam kilang kat parit raja.Dipaksa memburuh dari pukul 3 ptg sampai 6 pagi tapi gaji still ciput.Ya dipaksa.Taik.

  Dulu masa rombongan sekolah budak-budak duduk bercampur.Cikgu yang tetapkan.Takde pilihan.Tu yang buat diorang tak berapa bising sangat.Ye la,masing-masing segan. Lawatan U lak diorang still segan nak duduk bercampur.Perempuan penuhkan depan selebihnya lelaki.Gile bosan.Kalau bercampur best la skit leh gurau-gurau,kacau-kacau, baru ceria.Ni senyap je.Lau dah sorang dua je bising,nanti penat diorang senyap gak.Takde support.Perjalanan jauh sepatutnya lebih menceriakan.Bukan slalu pun gathering ramai-ramai.Ni tak masing-masing pakat tido lepas kene suap ngan jajan.Nak cakap aku gatal nak gurau ngan perempuan je.Come la beb.Natural la tu.

  Kalau nak kategorikan lelaki yang merenyam ngan perempuan camni.Kalau duduk ngan semua lelaki dia rileks je.Tapi lau ada perempuan, ha mula la dia tunjuk perangai.Selalunya perangai yang tak pernah keluar tiba-tiba terkeluar.You can judge by its cover.F word for those who called me that.

saye nak tunjuk gak


seorang pelajar dan supervisornya.


   So macam bese.Pegi lawatan,dengar-dengar skit,makan,pusing-pusing site,amik gambar,balik.Sebelum balik singgah the zone.Tempat bebas cukai hanya untuk cokelat ngan rokok serta arak.How come you can called it free duty zone kalau ada benda lain yang still ada cukai.lol.Err..Eskrim mekdi ada 5% tax tak?


  Aku tak paham nape pemandu bas tak ikut jalan mersing-pekan seperti masa perjalanan pergi.Nak balik dia leh lalu yong peng dulu baru pegi pekan.Lau tengok peta, dari bawah kene pegi arah barat dan menyilang peta Malaysia pegi timur lak.Dah la kene bayar tol.Memang boleh claim tp rugi tetap rugi kan.Perjalanan telah tertambah 1jam setengah.Pagi ada maintenance talk.Terpaksa skip semasa rehat sebab bosan sangat.



p/s | Tinggalkan u,tertinggal masalah.Balik semula,masalah beratur amik nombor.

Keputusan

  Dalam hidup ni kita sentiasa perlu membuat keputusan. Setiap masa. Sebarang kesilapan kecik semasa membuat keputusan akan memberi kesan sama ada positif ataupun negetif.Bukan selalu,tapi ada ketika kita buat kesilapan membuat keputusan,memberi kesan positif kepada hidup kita.Contohnya,pointer korang drop sebab membuat keputusan malas belajar, tapi pada masa yang sama korang terjaga dari kelekaan mendapat pointer yang gempak setiap sem.

  Manusia seringkali membuat keputusan untuk meletakkan diri dalam keadaan yang dirasakan lebih selesa. Tak kira la apa pun keputusan. Membuat keputusan untuk ponteng kelas,membeli makanan untuk mengalas perut,menangguh  assingment, memohon asrama.Semuanya untuk memberi keselesaan pada diri sendiri.Korang ponteng kelas sebabnya malas.Korang rasa lebih selesa untuk melayan perasaan malas dari mendengar bebelan lecturer yang kadang-kadang kau rasa membosankan.

  Tapi kita perlu ingat, setiap keputusan mempengaruhi orang sekeliling. Kadang-kadang kita juga perlu membuat keputusan untuk memberi keselesaan kepada orang sekeliling.Kalau korang nak jadi gila pun,turut memberi kesan pada orang sekeliling.Kita hidup saling berkait.Selalunya kita tak sedar, kita berada pada kedudukan yang selesa kerana orang lain membuat keputusan untuk meletakkan kita bersama pada tempat yang sama-sama selesa tapi merasakan kita yang meletakkan diri sendiri pada keadaan selesa.



  Gangguan dari luar juga mempengaruhi keputusan kita.Pada masa tu perlulah kita bertanya pada hati serta keyakinan untuk membuat keputusan meletakakan diri kita sendiri pada kedudukan selesa ataupun membawa orang lain turut serta merasa keselesaan itu.

  

best ke?

   akhirnya ak tringat nk mnjenguk blog ak yg sdh brsawang ni..adoi...bsn gle...student cm ak ni wlau pn byk masa trluang, mmg xkn stdy....mak ak 2 dh brbuih mulut nasihat..."belajar la rajin2, ko gak yg sng nnt"...bese la dak2 muda cm ak nih, msk kiri kuar knn...sem ni je cm ada ksdran skit..skit je la...tp xbrbh pn...

   kdng2 ak trpk, best ke ada blog ni...setelah ak brtapa menelaah blog2 org, akhirnya ak akui, brbloging mmg best...bkn pe..kdang2 ak nk ckp sesuatu, nk post kt fb pnjng sgt...lgpn kadang2 ak benci gak tgk org dok post status setiap setengah jam, lg2 past yg pnjng2, cnfrm ak xbc pnya, nk2 yg brunsur nasihat...ak pn bkn cara sgt ngn fb ni.......so, bnde yg ak nk ckp 2 dok pusing2 je dlm pale otak ak yg bijak nih...terasa la dri ini memerlukan sesuatu, yakni sebuah blog...skrg ni br nk merangkak, nk bertaatih lg pn xlepas...asyk dok try and error je...paiseh tul..
p/s | lek2...slow2 bro..