Tanya sama pokok apa sebab goyang

"SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu. Berita lanjut


Kenyataan dari seorang pro kerajaan walaupun aku tak tau dia sokong mana.Mungkin kenyataan untuk memberi keselesaan pada diri sendiri pada masa depan.Boleh jadi.Bahaya tukar kerajaan sebab pembangkang takde pengalaman.Nonsense!Macam mana kau nak tau sedangkan kau tak pernah diberi peluang?

Byangkan kau nak cari keje tapi company tak bagi peluang untuk kau tunjukan apa yang kau leh buat.Padahal ilmu penuh kat dada,teori petik jaru je leh kuar,keje-keje praktikal mungkin tak sebagus mana tapi leh asah lagi.Tengok muka memang alim la,takkan amik rasuah punya.Still tak diterima.Katanya takde pengalaman.Bodoh ke hape?Macam mana nak dapat pengalaman lau tak bagi peluang.Bodoh.Padahal kat dalam company tu ada yang selalu goyang kaki,kuat amik rasuah.


Bos paling atas tengok sampah-sampah kat dalam company patut disingkirkan.Merugikan company.Bile sampah ni tau bos nak amk pekerja baru,mula la tingkatkan produktiviti.Tunjuk bagus.Tak jadi nak amik pekerja baru.Alasan pekerja lama lebih pengalaman.


Dalam sesebuah negara demokrasi,Rakyat la paling berkuasa.Rakyat yang menentukan.Rakyat yang memilih.Tak perlu tunjuk mana bagus mana tak.Rakyat tau lama dah.Kalau yang tak tau sebabnya kerajaan yang memerintah sengaja tak bagitau.Macam orang Sabah ngan Sarawak.Macam mana budak-budak boleh tinggal pelajaran walaupun semenanjung dikatakan maju.Ini kerana mereka dibiarkan tanpa pelajaran supaya kerajaan mudah menindas mereka.Take note orang Sabah ngan Sarawak.Bukan kat semenanjung takde budak yang tercicir tapi peratusan kat semenanjung terlalu kecil jika dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak.



Setiap kali pilihanraya,kerajaan menabur janji.Letak la benda paling asas.Jalan raya.Pilihanraya dah berlangsung beberapa kali.Sepatutnya sekarang takde lagi janji-janji menyediakan kemudahan asas sebab benda tu sepatutnya telah dijalan kan beberapa tahun dulu.Mana lesapnya peruntukan yang diberi ataupun cuma janji-janji manis.Sedangkan kemudahan asas pun tak tersedia jangan disebut pembangunan pulak.


Kita yang mengundi nanti.Kalau kerajaan menang besar kat Sarawak,kemungkinan besar PRU akan dibuat dalam masa tersekat.Kalau tak,mesti ditunda.Aku rasa tak salah lau nak bagi pembangkang tadbir negara.Bukan nak cakap aku sokong pembangkang cuma aku nak tengok apa pembangkang leh buat.Mana yang memberi manfaat pada rakyat tu la aku sokong.


Mungkin nanti akan muncul statement cakap kita orang islam kene undi orang islam sebagai ketua.Serius aku jahil bab agama.Cuba terangkan camne lak lau pemimpin islam tu kuat makan rasuah,main perempuan, maksdnya takde kredibiliti macam pemimpin islam dulu-dulu.Video ni mungkin dibuat oleh pembangkang untuk pilihanraya kat sarawak tapi isinya masih jelas dan nyata.




Oi,kau tabur budi tu pakai duit rakyat gak.Takde duit takdenya kau nak tabur budi.

Tiada ulasan: