kegagalan


kalian tahu,
kegagalan sepatutnya tiada dalam kamus hidup aku.
dilarang.
lebih-lebih lagi membabitkan orang lain.
hampir tdak boleh berdiri semula.

hilang


selama ini aku belajar.
belajar simpan dan pendam.
dalam apa jua keadaan.
selama ini aku belajar.
belajar menjadi hipokrit.
untuk melebihkan orang lain.
selama ini aku belajar.
belajar sembunyi ekspresi sendiri.
untuk aku kadang orang sekeliling.
lupa bila aku mula belajar.
hingga aku hilang identiti diri.

kekuatan


aku berhenti kelesuan.
memandang kehadapan.
merenung sejauh mungkin.
tidak terlihat satu pun perhentian.
berapa lama lagi harus aku berjalan.
melalui liku-liku kehidupan mendatang.
tanpa kau.
perlukah aku berputus asa?
atau menanti sesuatu yang tidak pasti?
tapi
bila aku menoleh,
baru aku sedari.
perhentian yang menjadi tempat aku berteduh hilang.
tidak terlihat pandangan mata.
sudah lama aku sendiri.
sudah lama tanpa kau disisi.
ia memberi aku kekuatan.
menghadapi cabaran yang mendatang.
biarpun seorang.
biarpun sendiri.

sudah lali


dulu hati itu pantang sunyi.
pasti cepat diisi.
hidup sehari mahu berteman.
serba tidak kena sendiri.
mulut yang tidak lekang dengan manisan.
manisan ayat pengubat lain hati yang sunyi.
rajin memuji.
ikhlas.
yang itu dulu.
kini hati itu terbiasa sepi.
tiada irama berulang kali.
hari-hari sendiri.
tapi masih hidup.
masih berdiri.
makin hari makin pudar.
hilang rasa untuk mengisi kekosongan itu.
kerana terbisa sepi dan sunyi.

kenalkah aku


dalam menjalani kehidupan,
aku mencari pasangan.
aku mencari teman.
aku mencari keserasian.
aku mencari cinta.
bila ketemu,
aku cuba memahami.
aku cuba mengerti.
aku cuba merasai.
aku gagal.
aku kecewa.
aku jatuh cuba berdiri.
aku ternya-tnya mengapa begini.
otak cuba berfikir selari.
aku bertnya sendiri.
kenalkah aku pada diri?
siapa aku?
mahu apa aku?
bagaimana aku?
boleh aku memahami diri?
boleh aku mengerti diri?
boleh aku aku merasai jiwa ini?
jawapanya tidak.
menyedihkan.
kesian kau.
kesian.
sibuk tentang orang lain.
diri sendiri kau abaikan.

bosan?gembira?


bosan.
bosan menunggu.
bosan menanti.
semua pekara tidak pernah selesai.
lepas satu-satu datang.
kadang sesal.
kadang hampa.
aku masih manusia biasa.
kecewa.
dalam lautan manusia,
aku sekecil-kecil zarah.
tiada istimewa.
tiada apa-apa.
yang wujudnya tidak disedari.
cuma pelik.
aku gembira begitu.

janji | jujur | sepi

keyboard laptop rosak
keyboard usb pecah
guna virtual keyboard je
takde mood nak conteng
layan cite jiwang ni
style gak



Ragam

Banyak-banyak pekara,
Aku paling suka memerhati
Dikala manusia sibuk dengan kehidupan
Aku rela duduk disudut kecil
Diam dan memerhati
Kadang kala boleh senyum sendiri
Banyak ragam
Aku nikmati semua
Di muka buku pun aku masih memerhati
Ya, yang ini aku membuang masa
*gelak
Sekarang paling selalu aku lihat
Sultan Kelantan.
Percaya la
Bukan aku membenci
Cuma bosan
Aku tahu sultan kamu sangat merendah diri
Betul-betul berjiwa rakyat
Tapi bila di ulang-ulang
Aku naik bosan
Sama macam kau buat lawak berulang kali
Kali pertama gelak
Kedua gelak lagi
Ketiga menyampah tahu
Sekali aku ulang
Bukan aku benci sultan kau
Cuma penyampaian yang berulang-ulang
Lagi pun
I don't give a shit about sultan
Kau nak banding sultan kau dengan sultan aku pun
Aku tak kisah.
Jangan terasa ya , =P
Ingat
Ini aku
Bukan kamu-kamu

Luka lama

Kemesraan kau
Senyuman kau
Membuka luka lama
Seolah tangan kau mencapai hati ini
Menggenggam kuat
Tanpa wajah bersalah
Pedih tahu
Kau memang pelik
Semudah itu kau lupakan
Tahukah aku begitu membenci kau?
*mengeluh

Sia-sia

Aku merangkak
Berjalan
Berlari
Tersungkur.
Masih menggagahi diri
Terus berlari.
Mehuju satu destinasi.
Ke suatu tempat dijanji.
Takut kalau kau sendiri
Menanti.
Aku tiba.
Aku sendiri.
Tiada bayangan kau.
Menunggu.
Takut kalau kau terlewat
Masa bergerak lambat
Terus menunggu.
Lama.
Tanpa bayang.
Tanpa kelibat.
Aku pergi.

Mengejar

Kita lahir bersama
Mungkin sama hari
Mungkin tidak
Tapi yang pasti
Tahun yang sama
Bila mana aku masih berbekung
Kau sudah meniarap
Bila mana aku sudah meniarap
Kau sudah merangkak
Bila mana aku sudah meniarap
Kau sudah bertatih
Bila mana aku sudah bertatih
Kau sudah berjalan
Bila mana aku sudah berjalan
Kau sudah berlari
Bila mana kau tersungkur
Aku masih berjalan
Bila mana aku sudah berlari
Kau sudah melompat
Bila mana aku sudah melompat
Kau sudah memanjat
Bila mana aku cuba memanjat
Kau sudah bercita untuk terbang
Bila mana aku bersusah payah memanjat
Kau sudah terbang melayang
Aku bangga melihat permandangan dari atas
Kau bangga menjelajah dunia
Aku ingin terbang
Kau ingin ke bulan
Aku terjatuh
Kau sudah ke bulan
Aku tertunduk sedih
Sering mengejar
Sering tertinggal