SPRM (Suruhanjaya Pengurusan Rumah Mayat)

Ok.Bapok letak tepi.Serious time.

Ahmad Sarbani,seorang pegawai kastam 'didakwa' SPRM sebagai bunuh diri.Tapi dimana kebenaran badan pro kerajaan ni.Menurut kenalan rapat,mangsa seorang yang alim dan warak.

Ini laporan dari Malaysia insider pada 6 hb April.


MUSTAHIL SARBANI BOLEH BUNUH DIRI KATA RAKAN- RAKANNYA - minsidetr

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

 Ni lak dari laporan dari Harian Metro hari ni, 7 hb April

Arwah sering murung

KUALA LUMPUR: “Arwah berulang kali menyuarakan rasa bimbang dengan siasatan yang dijalankan ke atasnya.(1) Dia tidak menceritakan secara terperinci mengenai siasatan itu, tapi memberitahu sering murung hingga sukar tidur malam.
Demikian kata Ridzuan Mamat, 46, rakan karib Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa ditemui tertiarap dengan kesan kecederaan parah di kepala oleh seorang pegawai SPRM sebelum memaklumkannya kepada pihak atasan.


Ridzuan yang ditemui ketika menziarahi jenazah Ahmad Sarbini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berkata, perkara itu diceritakan arwah rakannya itu dalam perbualan telefon di antara mereka, beberapa hari lalu.
(2)" Saya hanya menasihatinya agar tidak takut jika berada di pihak yang benar,” katanya.

(3) Ahmad Sarbini sering berkongsi cerita atau masalah dengan Ridzuan yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu disebabkan hubungan baik yang terjalin di antara mereka sejak tinggal bersama di Kampung Talang, Lambor Kanan, Parit, Perak.

Ahmad Sharbini meninggalkan seorang balu berusia 40-an dan lima anak berusia antara lapan hingga 20-an termasuk anak perempuannya yang dikatakan baru bertunang awal bulan lalu.

Seorang rakan setugas Ahmad Sarbini yang enggan dikenali pula berkata, kira-kira jam 5 petang kelmarin, dia bermain tenis bersama Allahyarham di pejabatnya di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
(4) Ketika itu, arwah seolah-olah melepaskan tekanan dihadapinya. Apabila saya tanya mengenai perkembangan siasatan kes rasuah membabitkannya, dia diam dan terus meninggalkan gelanggang,” katanya.


Dari Redzuan Mohamad jadi Redzuan Mamat.

Dari petikan Malaysia insider,mangsa diceritakan sebagai seorang yang tetap pendirian yang menganggap dirinya tidak bersalah.So,reason bunuh diri?

Dalam petikan harian metro lak, mangsa sering murung dan sukar tido malam.Ini seolah-olah mangsa sedang dalam keadaan tertekan padahal dia seorang yang warak.As we know orang yang warak tau kat mana harus dia ceritakan masalahnya.Harian metro menggambarkan mangsa sedang sarat memikirkan masalah yang akan dihadapi jika semua kegiatannya terbongkar.Secara halusnya menyatakan mangsa bersalah.

Ditambah pulak ngan statement kawan dia.Macam kawan dia ni tengok keadaan mangsa sangat tertekan kerana rasa bersalah.Kalau Pak cik Mak cik kampung baca memang confirm diorang akan cakap mangsa bunuh diri.

Finally,untuk menambah rasa yang lebih lazat, satu lagi statement support dikemukakan dari seseorang yang tidak mahu dikenali.

Kenape tak nak dikenali?Setakat member keje bersukan sama-sama je kot.Kalau alasan malas nak disoal polis,esok-esok kalau suruhanjaya diadakan untuk siasat benda ni (tu pun kalau la),dia akan kene soal gak.

So,aku berpendapat watak seorang yang tak mahu dikenali hanyalah dicipta.

Macam ni la keadaannya pihak media dikawal kerajaan.Setiap maklumat di edit baru di publish.

Lepas ni,jika takde pihak yang bebas ataupun anti kerajaan berkeras untuk mendapatkan keadilan, berita ni akan lenyap camtu je.

Kes yang lebih kurang sama ngan kes Beng Hock 2 tahun lepas.





Mangsa dikatakan ditahan kerana SPRM tau ada pihak memberi baucher RM30 kepada beliau walaupun hakikatnya beliau paling susah menerima duit kopi.

Tiada ulasan: