Hari Valentine Mati @ Zeus Kahwin

  ok..serius shit aku tak tau arini velentine day...bukan tak tau valentine day 14 haribulan 2, hari ini..aku just lupa arini 14 haribulan..pergh!ni memang tak lama hidup ni..sekarang ni aku cuma ingat hari je, esok isnin dan seterusnya..ala, lagipun lau aku ingat tarikh pun bukan ada sebarang makna..paling-paling pun nak test atau kene antar assingment baru nak ingat, pastu malam skit lupa dah kene antar bile..tahap kritikal ni.

  dalam kelas tadi ada review pasal valentine day..tu pun aku rasa sebab esok ada maulidur rasul..disebabkan tu jugak aku teringat arini velentine day..bukan aku nak sambut pun..cuma aku rasa aku perlu tau hal-hal semasa..disebabkan kene tau hal-hal semasa gak la aku memaksa diri membaca setiap berita kat surat khabar sampai habis..lau tak, aku cuma baca skit-skit je..

  kalau kita meminta bantuan En.Google atau Pn.Yahoo, begitu banyak sejarah permulaan hari valentine ni..aku pun xtau mana satu yang betul..and i dont care..bukan aku diwajibkan sambut pun untuk mengingati kenape ada hari valentine..bagi aku,tak kisah pun nak sambut hari valentine ni..aku tak tolak fatwa ok.. ""Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam""..fatwa dah kuar, confirm la haram..tapi semuanya ikut niat..contoh la, ada pasangan suami isteri yang sibuk bekerja yang lupa peranan masing-masing sebagai suami isteri..kalau diorang dengar pasal valentine, mesti diorang teringat balik kisah-kisah cinta diorang dan semua tu dapat mengeratkan hubungan diorang balik..mungkin esok-esok, masing-masing dapat memberi layanan yang terbaik..tak kan tu pun dosa?konon la diorang sambut hari valentine, suami isteri tu pikir ke pasal St. Valentine mati tu, pasal Zeus kawen, atau pasal hari musim burung mengawan?mestila diorang pikir pasal pasangan masing-masing!WTF diorang nak ingat benda-benda camtu..bukan diorang hayati pun sejarah-sejarah valentine ni..len la macam maulidur rasul..nak sambut kene la hayati bukan setakat berarak saje..

  korang mesti cakap "ala,tu orang dh kahwin,len la..fokus sekarang kat pasangan kekasih"..wake up my friends..lau takde hari kekasih pun, diorang leh wat dosa la..diorang leh wat anak kalau hari valentine takde..diorang kissing pun lau hari len..salah statement ke?semuanya bermula dengan hati..
 masa aku tnya En.Google tadi aku jumpe ni..""Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac""..apakah neraka ini!!!buat anak 14 harubulan 2, dapat anak dalam setengah bulan atau sebulan selepas tu..nak suruh orang jangan sambut valentine pun bagi la alasan bagus skit..anyway, aku tak puas ati pasal artikel tu bukan sebab dia larang sambut valentine tapi sebab dia bagi alasan tak munasabah langsung..sebab tu sekarang tak leh terima bulat-bulat semua berita...

  lecturer aku cakap statistik tinggi anak luar nikah kuar dalam bulan sebelas ( 14 haribulan 2 + 9 bulan ) atau bulan lapan ( 31 haribulan 8 + 9 bulan )..logik kan...akhir kata aku nak tegas kan yang aku bukan suruh korang sambut, bagi aku orang yang dah kawen saje leh sambut tapi dengan niat yang betul..


  p/s | aku tak pernah sambut hari valentine ni..

  

Tiada ulasan: