Din Beramboi

  Aku teringat dulu masa kecik-kecik baca majalah Ujang.Boleh dikira sebagai pelanggan tetap.Komik strip dia memang pecah perut la.Idea memang gampang belaka.Dengan kolum din beramboi memberi idea serta nasihat yang cam sial lawak.

  Pastu ada satu karektor katun yang serabai gile.Ngan selipar kt tangan,rambut cam pontianak,kincir angin plastik kat kepala.Din Beramboi.




  Aku tertanya-tanya,siapa din beramboi ni.Adakah cuma satu karektor yang dicipta?Sesiapa saje leh mengawal karektor ni?

  Lama kelamaan baru aku tau siapa pemilik karektor ni.Din Beramboi sendiri.Nak kata aku minat dia tak jugak.Biasa-biasa je.Tapi aku suke dia.Identiti dia tetap sama.Setelah bertahun-tahun.Itulah dia.

  Din Beramboi...Kelaka...Teringat Din Beramboi mesti tersenyum.

  Tapi macam ni la keadaan di Malaysia.Yang betul-betul berbakat diberi penghormatan bile dah takde.Sudirman...P.Ramlee...Din Beramboi.Al-fatihah....

Meraikan kegelapan

  Semasa entri ni ditaip,kawan-kawan saya sedang meraikan earth hour.Tapi tidak sama sekali ni rumah No5.DR111.Kami disini sangat tegas ingin memerah tenaga elektrik sebaiknya.



  Ape sebenarnya earth hour ni.Benda ni kempen dari WWF untuk mengurangkan pemanasan global.Tu je aku tau.Nak search lebih-lebih malas lak.So,dari pemikiran yang cetek ni aku merasakan tak perlunya earth hour.hahaha.


  Yang aku nampak erath hour ni sate benda yang merugikan.Duduk dalam bergelap buat pe lau pasni korang still membazir letrik dengan bukak lampu tanpa perlu.Sama la macam korang gantikan semula masa earth hour tu dengan masa korang membazir.


  Nak bergelap kat rumah kene tutup pintu tingkap semua.Langkah berjaga-jaga takut ada perogol or pencurik masuk.Dah kene bergelap dengan ketakutan.Adoi.


"Padan muka TNB rugi sebab ada earth hour"

  Tak rugi pun.Orang Malaysia semua guna tenaga dari TNB.Beli dari TNB.Kalau rugi maksudnya belian kurang dari jualan.Dalam kes ni kurang keuntungan.Lau dia untung sikit pun dulik pe.Janji balik modal.


  In the end,earth hour cuma jadi cam satu perayaan.Semua orang kuar lepak satu tempat ramai-ramai.Meraikannya.Takde kesedaran pun.


p/s | Earth hour.pfft!!!

Mari habiskan bajet UMP!

  Saya shuke jalan-jalan.Membuat lawatan industri ke johor bahru buat aku lemah semangat.Takde tempat lain ke.Bukan tak hargai orang yang uruskan semua tu.Cuma bosan ngan Johor.Aku nak tengok tempat lain.hahaha.Walaupun hakikatnya aku pegi johor 5 tahun lalu sebab nak cari keje lepas SPM.Seumur hidup aku cuma berape kali je pegi JB.Lagi pun bukan ada pape pun.Kalau takde duit toksah pegi la.FYI,aku kat ayer hitam.2 jam perjalanan nek moto lalu highway.

  Teringat dulu masa nak cari keje ngan abang aku.Ari-ari makan kene kira bajet dulu.Arini kat paper belum ada iklan keje baru so takyah beli paper.Pegi danga bay cuma tengok-tengok je.Masa tu siang-siang pun ramai orang.Tak macam sekarang.Lengang je.Nak balik helmet kene curi.Kene lenjan tak pakai helmet sorang.Pikir bajet punya pasal.Last-last kene beli gak sebab area skudai banyak polis lalu lalang.JDP 2259.Fuh!Nostalgia.Sebab pe nak pegi jauh-jauh cari keje?Gaji mahal beb.Memang la kene memburuh 12 jam.Kadang-kadang 14 jam tapi still berbaloi.Tak macam kilang kat parit raja.Dipaksa memburuh dari pukul 3 ptg sampai 6 pagi tapi gaji still ciput.Ya dipaksa.Taik.

  Dulu masa rombongan sekolah budak-budak duduk bercampur.Cikgu yang tetapkan.Takde pilihan.Tu yang buat diorang tak berapa bising sangat.Ye la,masing-masing segan. Lawatan U lak diorang still segan nak duduk bercampur.Perempuan penuhkan depan selebihnya lelaki.Gile bosan.Kalau bercampur best la skit leh gurau-gurau,kacau-kacau, baru ceria.Ni senyap je.Lau dah sorang dua je bising,nanti penat diorang senyap gak.Takde support.Perjalanan jauh sepatutnya lebih menceriakan.Bukan slalu pun gathering ramai-ramai.Ni tak masing-masing pakat tido lepas kene suap ngan jajan.Nak cakap aku gatal nak gurau ngan perempuan je.Come la beb.Natural la tu.

  Kalau nak kategorikan lelaki yang merenyam ngan perempuan camni.Kalau duduk ngan semua lelaki dia rileks je.Tapi lau ada perempuan, ha mula la dia tunjuk perangai.Selalunya perangai yang tak pernah keluar tiba-tiba terkeluar.You can judge by its cover.F word for those who called me that.

saye nak tunjuk gak


seorang pelajar dan supervisornya.


   So macam bese.Pegi lawatan,dengar-dengar skit,makan,pusing-pusing site,amik gambar,balik.Sebelum balik singgah the zone.Tempat bebas cukai hanya untuk cokelat ngan rokok serta arak.How come you can called it free duty zone kalau ada benda lain yang still ada cukai.lol.Err..Eskrim mekdi ada 5% tax tak?


  Aku tak paham nape pemandu bas tak ikut jalan mersing-pekan seperti masa perjalanan pergi.Nak balik dia leh lalu yong peng dulu baru pegi pekan.Lau tengok peta, dari bawah kene pegi arah barat dan menyilang peta Malaysia pegi timur lak.Dah la kene bayar tol.Memang boleh claim tp rugi tetap rugi kan.Perjalanan telah tertambah 1jam setengah.Pagi ada maintenance talk.Terpaksa skip semasa rehat sebab bosan sangat.



p/s | Tinggalkan u,tertinggal masalah.Balik semula,masalah beratur amik nombor.

Korang nak kemana?

  Tahniah pada yang berjaya mendapat keputusan seperti yang dijangka.Bergembira la selagi boleh.Berpestalah selagi mampu.Kecapilah kegembiraan ni selagi ia masih baru.Berkenduri kendaralah.Maybe bagi budak-budak bandar yang belajar disekolah high class,ini semua hanya pekara biasa.Dah selalu score tiap kali exam.Percubaan SPM petik jari je.Semuanya dihujung jari,kadangkala dengan bantuan penilik-penilik soalan.Hari-hari dipaksa membuat bentuk soalan-soalan SPM.Ingat setiap langkah.Tak perlu paham.Time SPM score.

  Tapi bagi budak-budak kampung,pinggir bandar yang belajar disekolah harian biasa yang mendapat keputusan 5A cukup, sudah cukup untuk dicanang keliling kampung.Lagi-lagi jika kalau dapat masuk IPTA.Wah,anak sipolan sipolan cemerlang SPM.Dapat masuk U takpun matrik.Universiti basic yang orang-orang kampung tau cuma UTM,UM,UKM atau UiTM,-nak olskool sikit ITM(Institute Teknology Mara).So jangan sedih la kalau orang kampung tak kenal U korang,lagi-lagi UMP.UTeM.UniMaS dan seangkatan dengannya.Kat mana korang belajar sama je.Ini paling dijamin,korang akan dipandang tinggi.Pusing-pusing keliling kampung orang tegur.Padahal sebelum korang berjaya,perangai korang la paling setan.Setan pun kalah.Tapi itulah lumrah manusia,hanya pandang kejayaan dan materialistik.Korang berjaya,keluarga korang dipandang tinggi.Tak berjaya,kekal la macam layanan sebelun ni.

  Perbualan yang selalu kita dengar.


Mak Cik Bedah : Anak kau dapat bape A Ton?Dengar-dengar cemerlang.(saje tnya.padahal tau dah)
Mak Cik Eton : Ala Bedah,bese-bese je.10A.(sebut secara general.sekarang ada 3 jenis A.A+,A,A-).Anak kau?(nak tengok gak leh ke tanding anak aku)
Mak Cik Bedah : Oh.Sama la.Anak aku 10A+.
Mak Cik Eton : Eh,ape beza A+ ngan A je?Mana lagi bagus?(dah berpeluh jubo)
Mak Cik Bedah : Mestilah A+.Anak kau dapat A bese je?(kerek)
Mak Cik Eton : Tah la Bedah.Aku pun tak perasan sangat.(cover).Semalam dapat surat dari UTM.Dapat kos enjinering.(balas)
Mak Cik Bedah : Oh yeke.Anak aku nak buat pondasion pegi UK.Uneted Kindom.(double kill)
Mak Cik Eton : Gulp!!.Allah,aku masak nasi tadi bedah.Aku balik dulu la.(dem!)


  Bile habis SPM secara langsung korang akan masuk satu lain stage sistem pembelajaran.Dimana tiada lagi istilah kene suap.Korang sendiri kene berusaha.Tapi bagi aku kat UMP budaya tu masih belum diterapkan sangat.Lecturer masih lagi membantu.Untuk budak yang masih di awang-awangan dengan kecemerlangan SPM,bersedia la.Tak salah merasa kepahitan ketika belajar.Dari situ kita akan tersedar kat mana kita sekarang,untuk meneruskan momentum kecemerlangan.Untuk orang yang sentiasa merasa kepahitan cam aku ni letak tepi la.-sampah.Who care when you never care about yourself.Masuk tahun satu,sem pertama drop skit.-even tak belajar.Serius shit tahun satu sem satu senang nak mampos.Bagi sesiapa yang tak sedar lagi time ni jangan harap la nak mohon biasiswa nnt.


  Sebenarnya masuk universiti tak menjamin pun kejayaan masa depan.Ada orang lagi berjaya walaupun tak belajar tinggi.Cuma kita sejak dari sekolah telah diajar untuk berlumba memasuki universiti.Kita telah diterapkan untuk mengejar yang terbaik.Dan laluannya telah ditetapkan.Laluan yang telah disuluh.Terang benderang.Jalan yang lain gelap gelita walaupun mempunyai peluang yang lebih cerah serta sesuai dengan diri kita sendiri.Kadang-kadang aku terpikir,kenape aku tak memilih menjadi chef sebagai kerjaya.Ok fine.Aku minat masak lagi dari belajar.Benda yang kita minat kita akan cuba lakukan dengan sedaya upaya.Minat.Kalau kita selalu jumpe kaunselor kt sekolah,kita selalu akan tnya,benda apa yang kita minat.Kemana arah tuju kita selepas ni.Sebab hanya konselor tau macam mana nak mengeluarkan potensi pelajar.Tak sama macam cikgu.Cikgu cuma sedaya upaya untuk memberi yang terbaik kepada pelajar.Supaya pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.Paling cemerlang kita leh hasilkan.

kredit picture dari Jalan Ungu.Aku curi doh.Lagipun style kot


  Kadang-kadang,kerana nak bersaing untuk menjadi yang terbaik,kita sering salah pilih jalan.Bayangkan,orang OKU(contoh patah tangan takde) amik kos kejuruteraan elektrik.Aku bukan nak discriminate.Bukan tak nak orang camtu hidup dikalangan kita.Aku selesa je lau ada orang camtu.Cuma aku nak cakap,kita nak tonjolkan bakat biarlah kene tempatnya.Kalau kau excelent pun, pe keje kau lau buat?Aku pernah nampak pelajar lumpuh.Ari-ari mak dia tolak kerisi roda gi kelas.Aku ok je.Takde pun nak discriminate.Sebab pe,dia amik kos yang sesuai ngan dia.Kejurutueraan perisian komputer.Takde la payah sangat kau nak cari keje nanti.Macam kat berita harian.Pelajar buta cemerlang SPM.Harapan nak jadi cikgu untuk orang buta.See how he show his ability.Ni tak.nak terbang tapi kaki masih kat tanah.


  Aku teringat Cikgu Mukhsin.Cikgu yang mengajar aku fizik.Cikgu yang sangat berkaliber.Perwatakkan sama cam Dr Alla.Suka memotivasikan budak-budak.Ada ketika dia menunjukan teknologi rare kat sekolah masa tu.Pendrive.Aku yang bongok ni tak paham pape pun.Ye kan je.Sekarang pendrive benda yang mesti dimiliki setiap orang.Its a priceless experience to watch how technology grow.Sama macam tengok henpon nokia 3310 smapai yang paling latest.i-Phone.Dari game ular kepada game-game yang lagi canggih.Lepas habis SPM,aku dengar cikgu tu kene tukar sekolah yang lagi better sebab kecemerlangan beliau.Ada lagi cikgu-cikgu yang cemerlang dan ditukarkan.Macam mana la sekolah luar bandar nak bersaing dengan sekolah bandar.Cikgu cemerlang kene luar bandar kene serap pegi bandar.If one day aku diberi peluang jadi cikgu,aku nak ngajar kawasan pendalaman.Seriously aku rasa lagi excited ajar kat sekolah camtu dari seolah-sekolah elit.


  Last but not least.Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat keputusan seperti yang diharapkan.dan kepada Wana.Tahniah dengan keputusan cemerlang anda walaupun dengan keadaan yang biasa.





Kita bukan sentiasa diatas.Jika diatas ingatlah ketika dibawah.Bila dibawah,berusahalah.