serabut

Aku punyai masalah dengan diri sendiri
Dalam banyak pekara yang meragukan
aku punyai banyak persoalan
Kecuali dalam pembelajaran
Ini sangat terkecuali
Adakah ini kurangnya kepercayaan?

Aku suka memerhati
Aku suka menganalisis
Sendiri.
Persoalan demi persoalan
Kenapa begini
Kenapa begitu
Sehingga si pemberi jawapan memberi jawapan yang sempurna
Paling tidak pun sempurna bagi aku
Demi kepuasan diri.

Masalah.
Aku terbeban sendiri
Jika jawapan semakin menimbulkan persoalan.
Kerana aku memegang perinsip.
Jika soalan diputar sekalipun
Jika jawapan adalah benar
Akan ada konsistensi dalam setiap jawapan.
Jika tiada
Jawapan diberi salah
Atau erti kata lain si pemberi jawapan berbohong.
Lagi-lagi jawapan yang menimbulkan keraguan.

Otak ini akan berfikir paling kompleks
Memikirkan sebarang kemungkinan
Kemungkinan demi kemungkinan
Serabut.
Dalam aku menulis ini juga aku masih serabut.