keluhan
Aku terguris
Mungkin sedikit
Mungkin banyak
Betul-betul terasa
Seorang kawan kata dia dipergunakan
Aku terasa
Walaupun bukan secara khusus ditujukan pada aku
Mungkin bukan aku
Aku terasa
Bukan kerana aku bersalah
Seingat aku tak pernah aku mempergunakannya
Hanya kerana aku meminta nota
Nota yang dahulunya dijanjikan
Bukan aku meminta
Tapi nota itu sebagai alasan
Alasan aku cipta
Alasan untuk mengeratkan persahabatan
Aku jujur dalam ikatan ini
Entah la kawan
Mungkin aku terlalu sensitif
Tapi paling kurang pun balas la pesanan yang aku kirim
Selalu saja aku nampak kau di atas talian
Bila kau tak membalas
Dan menulis sebegitu di dinding sendiri
Serta menulis sedikit disini
Aku tertanya-tanya
Aku kah?
Selalukah aku meminta-minta?
Bagaimana kau rasa dipergunakan?
*mengeluh
Jujur la
Aku setakat diminta laporan makmal
Atau pun tugasan
Aku ringan memberi
Malah aku sedia bertanya kawan lama
Semata untuk memenuhi kehendak sesiapa pun
Sedikit pun tidak rasa terbeban
Sedikit pun tidak rasa digunakan
Aku anggap saling menolong
Apalah sangat kan
Laporan makmal lama
Tugasan lama
Aku terasa kawan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan