kau sorang je yang teraniaya
bile kau salah
kau sorang je yang teraniaya
bila yang gelap jadi terang
kau sorang je yang teraniaya
bila terang lagi bersuluh
kau sorang je yang teraniaya
bila segala-galanya telah nyata
kau sorang je yang teraniaya
kawan
takde modal lain ke?
sejak dulu lagi aku sedar
kau guna kelemahan aku sebagai lelaki
menutup segala aib diri
kau ugut mahu berubah kembali
untuk aku terus sujud di kaki
aku turuti bukan kerana aku
kerana kasihankan kau
tiada apa untung untuk aku
hanya untuk kau
jika masih begini
tangan ini aku lepaskan
masih berguni beban
terima kasih meringankan.