Kepada kau

Kepada kawan yang aku lupakan
Kau
Aku memang sengaja
Bukan sebab aku benci
Sebab aku adalah aku
Memang begini
Aku tak bijak berbicara panjang lebar
Habis bertanya khabar aku biar
Lama2 aku takut orang marah
Orang benci
Aku tak kisah sendiri
Kalau mahu juga
Datang pada aku dengan cerita
Tak perlu bermukadimah
Aku setia dengan masalah sesiapa
Tapi jangan harapkan aku bermula cerita
Memang tak
Kalau aku ada kawan yang ada bila dia mermelukan
aku tak kisah
Bagi aku itu memang sepatutnya
Itulah kawan
Definisi kawan aku lain dari apa yang sering disebut2
Setahun sekali kau datang pun
Aku tetap setia