Luluh jiwa ini melihat apa yang dikongsi rakan-rakan
Melihat satu persatu
Aku hanya tersenyum sinis
Bukan aku persetankan mereka
Bukan.
Cuma hanya itu yang aku mampu
Bila mana aku menoleh kebelakang
Aku tertanya-tanya
Siapa aku?
Macam mana perjalanan hidup aku?
Bila aku berdiri di sini?
Aku seakan lupa
Fikiran aku tak mahu ke situ
Sama ada hati ini tak mahu berbicara tentangnya
atau otak telah memadam sejarah
Aku yakin hati ini perlu di tanya
Tapi aku akan terus melangkah
Kerana aku adalah aku
Dan
Kepada mereka yang akan bernikah
atau yang sudah bernikah
Tahniah
Aku pun sudah lupa di mana kita bertemu
Empat tahun sudahkah
Lima atau enam
Entah.
Akhir
Kepada kau yang sengaja aku lupakan
Kemudian aku terangkan