Dua tiga hari ni aku sendiri.
Tidak pulang aku ke kampung
Cuti Raya Aidiladha
Bukan aku tidak mahu
Keadaan tidak mengizinkan
Tapi tidak mengapa
Aku sudah biasa
Sejak mula merantau,
Boleh dikira jari aku pulang.
Bosan usah ditanya.
Boleh gila.
Tapi aku sudah terbiasa.
Pernah aku meraa lebih teruk dari ini.
Memang betul-betul nak gila.
Mahu pecah kepala.
Kita memang tidak boleh sendiri.
Perlu kawan berbual.
Itu paling kurang.
Tapi aku sudah terbiasa.