Baring sambil tunggu mata lelap
teringat aku dulu-dulu
Bila mak makan semua kerumun mintak suap.
Padahal ada je lauk kat dapur.
Bukan malas cuma takde selera
Tapi bila mak makan masing-masing berselera.
Siap tambah-tambah lagi.
Kalau kecik-kecik takpe lagi.
Masing-masing dah sekolah menengah.
Kelakar.
Sekarang pun kalau mak makan mesti nak menyibuk sama.
Aku la.
Apa yang dari tangan mak sedap.
Bila aku fikir untuk masa depan
Bila mana masing-masing dah berumah tangga
Siapa nak jaga mak.
Maksud aku jaga, setiap masa ada.
Kalau datang jenguk sekali-sekala tak kira la.
Sayu aku tengok mak makan sorang-sorang.
Masa aku balik cuti semester lama dulu
Hanya tinggal mak dengan adik.
Mak cakap makan pun tak lalu orang takde.
Sayu.
Entah la.
Semoga aku tak perlu keluar dari rumah
Bila mana aku dah bekerja dan bekeluarga
Bukan mahu berharap lagi pada mak
Cuma aku mahu jaga dia
Tak sanggup aku tengok dia keseorangan.