Haroooom kepala kote ko

Ok aku marah sekarang ni.Bangun tadi aku tak berape nampak post ni.Ye la banyak taik mata kan.Aku nak tanya.Adakah kalau kita bercakap atas nama islam,semua benda yang kita cakap adalah benar dan wajib ikut,mesti kene dengar.Camtu ke?

Korang bca la kat oh! islam.Aku malas nak tiru dan tampal kat sini.Kemon la beb.Ape yang korang pikir ni?Haram?WHAT?Ko nak bagi dalil ni,

'Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]'

Ok,aku yang jahil ni ada soklan.Kalau la tiba-tiba cara sembahyang buddha sama macam kita solat hari-hari.Kene tinggal ke solat tu?Jadi haram ke?

Niat oi.NIAT.Kau nak hargai mak kau pun jadi haram.

  Hari ibu kan hari-hari,tak payah la nak kene ada hari khusus.

Ya,aku tak nafikan.Tapi kita cuma manusia biasa.Kadang-kadang lupa.Busy.Memang selalu kau balik umah,tepon memanjang tapi pernah tak kau buat mak kau rasa special.Benda yang korang buat tu diorang dah lali.Memang diorang gembira,cuma kali nak diorang rasa lebih gembira.Tak boleh ke wahai ustaz oh! islam?Tak boleh ke?Haram ke?Paiseh la lu.Kau saje nak buat kontroversi ke pe?

Memang kau tak cakap haram tapi cara kau cakap seolah-olah benda tu haram.Allah tu maha mengetahui.Dia tau apa niat korang.Ada ke hari ni korang sembah mak korang cam dewi-dewi?Ada ke korang cakap "ibu,terima kasih sebab melahirkan juventas, vulcan dan mars".Ada?

Aku akui aku marah dengan artikel ni.Maybe korang cakap aku taip ikut perasaan.Jawapan aku suka ati aku la lau aku nak hargai mak aku harini pun.


Tiada ulasan: