Waktu semasa/selepas hujan digambarkan romantik.
Fakta ataupun hanya aku saja tidak merasa begitu?
Adakah disebabkan pandangan yang berbeza?
Tunjukkan aku bagaimana perasaan romantik itu boleh dicungkil.
Hujan.
Aku gambarkan keadaan yang
Sunyi,sejuk,suram,seorang.
Melihat gambar-gambar dibawah
Terbayang aku berada di dalamnnya.
Takut.
Di tempat asing aku keseorangan.
Fobia.
Ya,aku fobia dengan air sejuk.
Minuman sejuk jauh sekali.
Kegemaran aku.
Air sejuk untuk mandi.
Itu yang aku maksudkan.
Ketika mandi
Begitu sunyi aku rasakan.
Takut.Gelap.
Cuba aku melawan.
Akhirnya teresak sendirian.
Itu dulu.
Tapi masih terkesan lagi
Kadang-kala.
Orang kata suasana mempengaruhi diri,tidak aku nafikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan