Tiru dan tampal

Dikala ini aku keseorangan.Tanpa teman.Bukan aku tidak mahu bersosial.Bukan tidak mahu bergelak tawa bersama teman.Tetapi aku lebih mahu sendiri.Hanya bunyi kipas menemani.Diselang seli kicauan burung.Kadang kala deruman kenderaan memecah bunyi.Aku merasai diri sendiri jika keseorangan.

Aku lebih suka melayan perasaan.Mungkin.Atau pun hanya berdiam diri.


*terdiam


Ah,tidak pasti aku.Yang aku yakin,aku hanya melayan keadaan dunia tanpa pengertian.Hanya memandang.Ibarat ketika aku melihat awan berarak dengan angin pantai serta ombak berderu.Kosong.

*menghela berat

Terlalu banyak aku fikirkan.Beban yang tidak tertanggung.Berat.Harapan keluarga yang menggunung.Tidak dapat aku penuhi.

Aku bukan aku.

Alangkah baiknya jika lebih awal mengetahui potensi diri.

*menghela lagi

Dimana silapnya.Manakah puncanya.Seperti mengharapkan yang terbaik begitu juga seperti mengharap bumi lari dari paksi.Masa diulang kembali.

Aku sentiasa berkejar di belakang.Berlari.Merangkak.Bagaimanapun keadaannya mahu juga aku mengejar.Keseorangan.Berteman sekali sekala.Masih tertinggal.

Betahun lamanya tidak aku mengecapi manis kejayaan.Separuh dekad.Lama.Sejarah menunjukan setiap separuh dekat aku merasai manis kejayaan.Walau tidak semanis mana tetapi aku merasai nikmatnya.Akan berulangkah sejarah?Tidak pasti.

*diam
*ligat berfikir

Aku lebih suka merendah diri.Bukan terlalu hebat.Kerana sedar akan kemampuan sendiri.Mengapa perlu bermegah jika tahu *harga diri.Tidak perlu dinilai orang lain.Aku kenal aku.

Aku tahu betapa mak dahagakan kejayaan aku.Betapa dia mahu melihat kejayaanku.Mampukah aku.

*terbeban

Aku tahu apa jawapan mereka untuk ini.Sangat mengetahui


Nota : harga diri merujuk kepada kemampuan/potensi diri

Tiada ulasan: