Berita penuh
URUTAN PERISTIWA
2.00 petang – Persiapan untuk majlis lafaz sumpah laknat. Sekumpulan penyokong PKR memasuki bahagian depan masjid untuk membantah majlis berkenaan sehingga berlaku ketegangan.
2.30 petang – Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin membuat pengumuman meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
– Enam lelaki mengangkat sepanduk yang tertulis ‘qazaf, bukan sumpah’ sambil melaungkan reformasi serta kata-kata kesat terhadap Datuk Trio dan TV3.
2.50 petang – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa lagi penyokong PKR keluar dari dewan masjid dan membuat sidang media, sebelum itu mereka menunaikan solat hajat.
3 petang – Keadaan kembali terkawal apabila penyokong pembangkang mula keluar dari kawasan masjid. Cakap-cakap Datuk Trio sedang dalam perjalanan ke masjid mula tersebar di kalangan wakil media.
3.10 petang – Polis menutup pagar utama masjid bagi mengelak lebih ramai pihak tidak berkenaan memasuki kawasan terbabit.
3.40 petang – Keadaan sekali lagi kecoh apabila wakil media mula mengambil tempat di bahagian depan dewan masjid dan menunggu ketibaan Datuk Trio.
– Polis menutup pintu masuk ke dalam dewan masjid bagi mengelak terlalu ramai orang berada di dalam masjid.
– Sesekali terdengar laungan takbir di kalangan beberapa lelaki dipercayai penyokong pembangkang.
4.10 petang - Datuk Trio tiba dengan tiga kenderaan termasuk sebuah MPV
– Mereka dibawa masuk ke dalam dewan masjid dengan kawalan ketat oleh beberapa pengawal peribadi serta anggota polis.
– Mereka terus menunaikan solat sunat dengan kawalan pengawal peribadi serta anggota polis.
4.25 petang – Lafaz sumpah selesai.
– Wartawan cuba mendapatkan ulasan Shazryl Eskay namun tidak berjaya apabila penyokong pembangkang mula berasak-asak ke arah mereka bertiga.
– Kedengaran seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi Shazryl Eskay berkata: “bawa mereka keluar sekarang.”
– Ketiga-tiga mereka dibawa keluar dari dewan masjid dengan kawalan ketat pengawal peribadi serta polis.
– Beberapa lelaki kelihatan berasak-asak ke arah mereka dan berlaku tolak menolak.
– Datuk Trio meninggalkan masjid melalui pagar belakang dengan tiga kenderaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Siap ada kronologi lagi...hahahahaha..Dah macam kronologi gempa bumi...Hahahaha...Propaganda...Hahahaha..Ini....Ini...Sumpah bodoh...Kah kah kah..Jubo eskay mantap tak..Aauuumm!Hahahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan