Korang nak kemana?

  Tahniah pada yang berjaya mendapat keputusan seperti yang dijangka.Bergembira la selagi boleh.Berpestalah selagi mampu.Kecapilah kegembiraan ni selagi ia masih baru.Berkenduri kendaralah.Maybe bagi budak-budak bandar yang belajar disekolah high class,ini semua hanya pekara biasa.Dah selalu score tiap kali exam.Percubaan SPM petik jari je.Semuanya dihujung jari,kadangkala dengan bantuan penilik-penilik soalan.Hari-hari dipaksa membuat bentuk soalan-soalan SPM.Ingat setiap langkah.Tak perlu paham.Time SPM score.

  Tapi bagi budak-budak kampung,pinggir bandar yang belajar disekolah harian biasa yang mendapat keputusan 5A cukup, sudah cukup untuk dicanang keliling kampung.Lagi-lagi jika kalau dapat masuk IPTA.Wah,anak sipolan sipolan cemerlang SPM.Dapat masuk U takpun matrik.Universiti basic yang orang-orang kampung tau cuma UTM,UM,UKM atau UiTM,-nak olskool sikit ITM(Institute Teknology Mara).So jangan sedih la kalau orang kampung tak kenal U korang,lagi-lagi UMP.UTeM.UniMaS dan seangkatan dengannya.Kat mana korang belajar sama je.Ini paling dijamin,korang akan dipandang tinggi.Pusing-pusing keliling kampung orang tegur.Padahal sebelum korang berjaya,perangai korang la paling setan.Setan pun kalah.Tapi itulah lumrah manusia,hanya pandang kejayaan dan materialistik.Korang berjaya,keluarga korang dipandang tinggi.Tak berjaya,kekal la macam layanan sebelun ni.

  Perbualan yang selalu kita dengar.


Mak Cik Bedah : Anak kau dapat bape A Ton?Dengar-dengar cemerlang.(saje tnya.padahal tau dah)
Mak Cik Eton : Ala Bedah,bese-bese je.10A.(sebut secara general.sekarang ada 3 jenis A.A+,A,A-).Anak kau?(nak tengok gak leh ke tanding anak aku)
Mak Cik Bedah : Oh.Sama la.Anak aku 10A+.
Mak Cik Eton : Eh,ape beza A+ ngan A je?Mana lagi bagus?(dah berpeluh jubo)
Mak Cik Bedah : Mestilah A+.Anak kau dapat A bese je?(kerek)
Mak Cik Eton : Tah la Bedah.Aku pun tak perasan sangat.(cover).Semalam dapat surat dari UTM.Dapat kos enjinering.(balas)
Mak Cik Bedah : Oh yeke.Anak aku nak buat pondasion pegi UK.Uneted Kindom.(double kill)
Mak Cik Eton : Gulp!!.Allah,aku masak nasi tadi bedah.Aku balik dulu la.(dem!)


  Bile habis SPM secara langsung korang akan masuk satu lain stage sistem pembelajaran.Dimana tiada lagi istilah kene suap.Korang sendiri kene berusaha.Tapi bagi aku kat UMP budaya tu masih belum diterapkan sangat.Lecturer masih lagi membantu.Untuk budak yang masih di awang-awangan dengan kecemerlangan SPM,bersedia la.Tak salah merasa kepahitan ketika belajar.Dari situ kita akan tersedar kat mana kita sekarang,untuk meneruskan momentum kecemerlangan.Untuk orang yang sentiasa merasa kepahitan cam aku ni letak tepi la.-sampah.Who care when you never care about yourself.Masuk tahun satu,sem pertama drop skit.-even tak belajar.Serius shit tahun satu sem satu senang nak mampos.Bagi sesiapa yang tak sedar lagi time ni jangan harap la nak mohon biasiswa nnt.


  Sebenarnya masuk universiti tak menjamin pun kejayaan masa depan.Ada orang lagi berjaya walaupun tak belajar tinggi.Cuma kita sejak dari sekolah telah diajar untuk berlumba memasuki universiti.Kita telah diterapkan untuk mengejar yang terbaik.Dan laluannya telah ditetapkan.Laluan yang telah disuluh.Terang benderang.Jalan yang lain gelap gelita walaupun mempunyai peluang yang lebih cerah serta sesuai dengan diri kita sendiri.Kadang-kadang aku terpikir,kenape aku tak memilih menjadi chef sebagai kerjaya.Ok fine.Aku minat masak lagi dari belajar.Benda yang kita minat kita akan cuba lakukan dengan sedaya upaya.Minat.Kalau kita selalu jumpe kaunselor kt sekolah,kita selalu akan tnya,benda apa yang kita minat.Kemana arah tuju kita selepas ni.Sebab hanya konselor tau macam mana nak mengeluarkan potensi pelajar.Tak sama macam cikgu.Cikgu cuma sedaya upaya untuk memberi yang terbaik kepada pelajar.Supaya pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.Paling cemerlang kita leh hasilkan.

kredit picture dari Jalan Ungu.Aku curi doh.Lagipun style kot


  Kadang-kadang,kerana nak bersaing untuk menjadi yang terbaik,kita sering salah pilih jalan.Bayangkan,orang OKU(contoh patah tangan takde) amik kos kejuruteraan elektrik.Aku bukan nak discriminate.Bukan tak nak orang camtu hidup dikalangan kita.Aku selesa je lau ada orang camtu.Cuma aku nak cakap,kita nak tonjolkan bakat biarlah kene tempatnya.Kalau kau excelent pun, pe keje kau lau buat?Aku pernah nampak pelajar lumpuh.Ari-ari mak dia tolak kerisi roda gi kelas.Aku ok je.Takde pun nak discriminate.Sebab pe,dia amik kos yang sesuai ngan dia.Kejurutueraan perisian komputer.Takde la payah sangat kau nak cari keje nanti.Macam kat berita harian.Pelajar buta cemerlang SPM.Harapan nak jadi cikgu untuk orang buta.See how he show his ability.Ni tak.nak terbang tapi kaki masih kat tanah.


  Aku teringat Cikgu Mukhsin.Cikgu yang mengajar aku fizik.Cikgu yang sangat berkaliber.Perwatakkan sama cam Dr Alla.Suka memotivasikan budak-budak.Ada ketika dia menunjukan teknologi rare kat sekolah masa tu.Pendrive.Aku yang bongok ni tak paham pape pun.Ye kan je.Sekarang pendrive benda yang mesti dimiliki setiap orang.Its a priceless experience to watch how technology grow.Sama macam tengok henpon nokia 3310 smapai yang paling latest.i-Phone.Dari game ular kepada game-game yang lagi canggih.Lepas habis SPM,aku dengar cikgu tu kene tukar sekolah yang lagi better sebab kecemerlangan beliau.Ada lagi cikgu-cikgu yang cemerlang dan ditukarkan.Macam mana la sekolah luar bandar nak bersaing dengan sekolah bandar.Cikgu cemerlang kene luar bandar kene serap pegi bandar.If one day aku diberi peluang jadi cikgu,aku nak ngajar kawasan pendalaman.Seriously aku rasa lagi excited ajar kat sekolah camtu dari seolah-sekolah elit.


  Last but not least.Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat keputusan seperti yang diharapkan.dan kepada Wana.Tahniah dengan keputusan cemerlang anda walaupun dengan keadaan yang biasa.





Kita bukan sentiasa diatas.Jika diatas ingatlah ketika dibawah.Bila dibawah,berusahalah.

Tiada ulasan: