Keputusan

  Dalam hidup ni kita sentiasa perlu membuat keputusan. Setiap masa. Sebarang kesilapan kecik semasa membuat keputusan akan memberi kesan sama ada positif ataupun negetif.Bukan selalu,tapi ada ketika kita buat kesilapan membuat keputusan,memberi kesan positif kepada hidup kita.Contohnya,pointer korang drop sebab membuat keputusan malas belajar, tapi pada masa yang sama korang terjaga dari kelekaan mendapat pointer yang gempak setiap sem.

  Manusia seringkali membuat keputusan untuk meletakkan diri dalam keadaan yang dirasakan lebih selesa. Tak kira la apa pun keputusan. Membuat keputusan untuk ponteng kelas,membeli makanan untuk mengalas perut,menangguh  assingment, memohon asrama.Semuanya untuk memberi keselesaan pada diri sendiri.Korang ponteng kelas sebabnya malas.Korang rasa lebih selesa untuk melayan perasaan malas dari mendengar bebelan lecturer yang kadang-kadang kau rasa membosankan.

  Tapi kita perlu ingat, setiap keputusan mempengaruhi orang sekeliling. Kadang-kadang kita juga perlu membuat keputusan untuk memberi keselesaan kepada orang sekeliling.Kalau korang nak jadi gila pun,turut memberi kesan pada orang sekeliling.Kita hidup saling berkait.Selalunya kita tak sedar, kita berada pada kedudukan yang selesa kerana orang lain membuat keputusan untuk meletakkan kita bersama pada tempat yang sama-sama selesa tapi merasakan kita yang meletakkan diri sendiri pada keadaan selesa.



  Gangguan dari luar juga mempengaruhi keputusan kita.Pada masa tu perlulah kita bertanya pada hati serta keyakinan untuk membuat keputusan meletakakan diri kita sendiri pada kedudukan selesa ataupun membawa orang lain turut serta merasa keselesaan itu.

  

Tiada ulasan: