Hairan-hairan

Hahahahaha...Ini lagi satu bodoh.


Berita penuh
URUTAN PERISTIWA


  • 2.00 petang – Persiapan untuk majlis lafaz sumpah laknat. Sekumpulan penyokong PKR memasuki bahagian depan masjid untuk membantah majlis berkenaan sehingga berlaku ketegangan.

  • 2.30 petang – Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin membuat pengumuman meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
    – Enam lelaki mengangkat sepanduk yang tertulis ‘qazaf, bukan sumpah’ sambil melaungkan reformasi serta kata-kata kesat terhadap Datuk Trio dan TV3.

  • 2.50 petang – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa lagi penyokong PKR keluar dari dewan masjid dan membuat sidang media, sebelum itu mereka menunaikan solat hajat.

  • 3 petang – Keadaan kembali terkawal apabila penyokong pembangkang mula keluar dari kawasan masjid. Cakap-cakap Datuk Trio sedang dalam perjalanan ke masjid mula tersebar di kalangan wakil media.

  • 3.10 petang – Polis menutup pagar utama masjid bagi mengelak lebih ramai pihak tidak berkenaan memasuki kawasan terbabit.

  • 3.40 petang – Keadaan sekali lagi kecoh apabila wakil media mula mengambil tempat di bahagian depan dewan masjid dan menunggu ketibaan Datuk Trio.
    – Polis menutup pintu masuk ke dalam dewan masjid bagi mengelak terlalu ramai orang berada di dalam masjid.
    – Sesekali terdengar laungan takbir di kalangan beberapa lelaki dipercayai penyokong pembangkang.

  • 4.10 petang - Datuk Trio tiba dengan tiga kenderaan termasuk sebuah MPV
    – Mereka dibawa masuk ke dalam dewan masjid dengan kawalan ketat oleh beberapa pengawal peribadi serta anggota polis.
    – Mereka terus menunaikan solat sunat dengan kawalan pengawal peribadi serta anggota polis.

  • 4.25 petang – Lafaz sumpah selesai.

    – Wartawan cuba mendapatkan ulasan Shazryl Eskay namun tidak berjaya apabila penyokong pembangkang mula berasak-asak ke arah mereka bertiga.
    – Kedengaran seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi Shazryl Eskay berkata: “bawa mereka keluar sekarang.”
    – Ketiga-tiga mereka dibawa keluar dari dewan masjid dengan kawalan ketat pengawal peribadi serta polis.
    – Beberapa lelaki kelihatan berasak-asak ke arah mereka dan berlaku tolak menolak.
    – Datuk Trio meninggalkan masjid melalui pagar belakang dengan tiga kenderaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


  • Siap ada kronologi lagi...hahahahaha..Dah macam kronologi gempa bumi...Hahahaha...Propaganda...Hahahaha..Ini....Ini...Sumpah bodoh...Kah kah kah..Jubo eskay mantap tak..Aauuumm!Hahahaha....

    Tolong la bagi aku terajang seko ni


    Ini.....Ini...Sangat bodoh.Aku facepalm tengok.Aduyai.Someone please tell me that im dead.Aku rasa shit doh.Haish!.Mende ni.Lau aku dibagi peluang terajangorang,Shazryl Eskay leh masuk list.


    Come on la.Benda dah terang lagi bersuluh lu nak sumpah mende lagi.Tak takut ke kene laknat.Ke takde pilihan dah.Kesian aku tengok.Sedih.Dah terang-terang tu bukan Anwar Ibrahim nak jugak cakap ye.Kesian.


    Untuk megetahui kebenaran anda kene tengok.

    Terima Kasih

    Lega.Hilang sedikit beban.Aku mencuba sedaya mampu.Tapi aku tahu boleh lagi aku memerah segala yang ada.Satu persatu,sedikit-sedikit hilang.Syukur pada Illahi.

    Tiru dan tampal

    Dikala ini aku keseorangan.Tanpa teman.Bukan aku tidak mahu bersosial.Bukan tidak mahu bergelak tawa bersama teman.Tetapi aku lebih mahu sendiri.Hanya bunyi kipas menemani.Diselang seli kicauan burung.Kadang kala deruman kenderaan memecah bunyi.Aku merasai diri sendiri jika keseorangan.

    Aku lebih suka melayan perasaan.Mungkin.Atau pun hanya berdiam diri.


    *terdiam


    Ah,tidak pasti aku.Yang aku yakin,aku hanya melayan keadaan dunia tanpa pengertian.Hanya memandang.Ibarat ketika aku melihat awan berarak dengan angin pantai serta ombak berderu.Kosong.

    *menghela berat

    Terlalu banyak aku fikirkan.Beban yang tidak tertanggung.Berat.Harapan keluarga yang menggunung.Tidak dapat aku penuhi.

    Aku bukan aku.

    Alangkah baiknya jika lebih awal mengetahui potensi diri.

    *menghela lagi

    Dimana silapnya.Manakah puncanya.Seperti mengharapkan yang terbaik begitu juga seperti mengharap bumi lari dari paksi.Masa diulang kembali.

    Aku sentiasa berkejar di belakang.Berlari.Merangkak.Bagaimanapun keadaannya mahu juga aku mengejar.Keseorangan.Berteman sekali sekala.Masih tertinggal.

    Betahun lamanya tidak aku mengecapi manis kejayaan.Separuh dekad.Lama.Sejarah menunjukan setiap separuh dekat aku merasai manis kejayaan.Walau tidak semanis mana tetapi aku merasai nikmatnya.Akan berulangkah sejarah?Tidak pasti.

    *diam
    *ligat berfikir

    Aku lebih suka merendah diri.Bukan terlalu hebat.Kerana sedar akan kemampuan sendiri.Mengapa perlu bermegah jika tahu *harga diri.Tidak perlu dinilai orang lain.Aku kenal aku.

    Aku tahu betapa mak dahagakan kejayaan aku.Betapa dia mahu melihat kejayaanku.Mampukah aku.

    *terbeban

    Aku tahu apa jawapan mereka untuk ini.Sangat mengetahui


    Nota : harga diri merujuk kepada kemampuan/potensi diri