fuck u

dia : yeah!jpa masuk dh...jom shopping!

....................................................................................................................................

kamu : sape nak ikut perabih duit jpa?

....................................................................................................................................

kalian : Wah!banyaknya duit masuk!

....................................................................................................................................

anda : dapat duit free!

....................................................................................................................................

 Ok.ni status paling babi.Tau la kau dapat Biasiswa celaka.Tak payah pos la.Aku jeles.

Halal Dan Haram

di suatu petang......

Kamal : rugi aku lim....aku pegi labur RM4000 kat tempat judi siber tadi..kalah teruk....

Halim : Tu la kau pegi kat tempat haram lagi...ko tengok aku beli 4D guna RM100 je...Alhamdulillah menang RM250K.

Kamal : Tempat yang aku selalu pegi tu kene rush.Nasib baik aku sempat lari.

Halim : Pegi la tempat halal lain kali.Nak lagi selamat pegi kat KL nuh.

Kamal : Kat mana?

Halim : Genting.


WIN.

Ke Manakah Cinta #1

  "Ina ingin berhenti belajar.Ina sudah penat.Dah isi borang".Itulah pesanan yang diterima dari pada Ina petang tadi.Baru saje dibukanya.Bukan dirinya sengaja cuma dia tidak perasan handsetnya berbunyi.

  Geram hatinya.Mengapa Ina tiba-tiba berkata demikian.Hatinya bercampur baur.

  "Kenape nak benti?Kenape tak bagitau Zairil dulu",balasnya ringkas.Pesanan dihantar.

  Dia menunggu.Lama.Gelisah.

  "Keje".Pendek.Zairil melihat jam.Oh,6.15 p.m sudah.Ina sedang bekerja.

  Zairil menyambung kembali perbualan dengan dua orang kawannya yang baru saja tiba.

  "Hari tu aku ada tanya pasal TV kat Helmi",Kamarul bersuara."Aku oyak ko dio tanya ke sek-sek mu nok pinje TV dio ko.Tak tau plop sek-sek mu beli TV doh",sambung Helmi dengan longat kelantanya.

  "Aku ingat dia dah bawak balik TV dia.Senyap je.Malu la aku nak cakap lagi",Zairil membalas.

  Aidil tersenyum sambil buat-buat sibuk.Hisyam pulak asyik memetik gitar.Entah apa lagu dia main.Sedap kedengaran.Zairil Layankan sahaja.

  "Aku beli dengan Wan,RM120 je".Zairil cuba memberi isyarat bahawa bukan dia sengaja mahu berbelanja membeli TV second hand tu.Hakikatnya memang dia dan Aidil segan mahu berbicara dengan Helmi mengenai TVnya.Maklumlah,sebelum cuti semester lepas telah diutarakan permintaan itu tapi seolah-olah tiada jawapan.

  "Helmi oyak dio malah nok beria-ria bagi sek-sek mu pinje lau sek mu taknok",ujar Kamarul seolah-olah mahu membetulkan fakta.

  Zairil membuka peti sejuk lalu mengambil coklat Apollo.

  "Eh,makan la ni.Baru aku teringat".Sengaja mahu mengalihkan topik perbualan.

  Tak lama kemudian azan mahgrib berkumandang.Kamarul dan Hisyam pun beransur pulang ke asrama.

  Zairil nyalakan rokok sebatang sambil menonton TV.Ditekan-tekan button tv untuk mencari siaran yang menarik.Hampa.

  "Ada lak yang menarik kat tv sekarang",bisiknya sendirian.Kesal.

  Apa yang diungkapkannya adalah benar.Siaran di Malaysia sekarang tiada  apa yang menarik.Lain la dihari-hari yang ditetapkan.Ada filem-filem ditayangkan.Selain tu baginya hanyalah sampah sahaja.Lagi-lagi cerita dari seberang.Muak.

  Dipadamnya TV lalu kebilik untuk melihat facebook.Manalah tau "notification' yang best-best.Tidak lama kemudian handsetnya berbunyi.Dilihatnya skrin tertera nama Ina.

  "Ha,hello".Dia berjalan keluar untuk mencari privasi.
  "Ai,kasarnya",suara dihujung talian bersuara.
  "Eh,takde la.Ehem..Ehem",Zairil cuba membetulkan suaranya.
  "Kenapa nak benti?Dah isi borang ke?Nape tak bincang dengan Zairil dulu?",Zairil meluahkan apa yang terpendam sejak petang tadi.
  "Dah isi tapi belum hantar.Ina penat.Hidup ni macam takde life.Belajar,kerja,belajar,kerja.Ina nak berhenti",Ina bersuara lesu.
   "Em",Zairil membalas pendek.

  Tiada apa yang boleh diperkatakan jika Ina berpendapat sedemikian.Bukan dia dapat membantu apa-apa untuk meringankan bebannya.Zairil faham benar masalah yang dihadapi aweknya itu.Ina pergi ke kelas pagi hingga ke tengah hari.Kemudian terus pergi ke kedai makan tempat dia membuat part time sehingga jam 3 ptg dan pergi ke kelas semula.Tanpa rehat yang cukup dia bekerja semula dikedai sehingga jam 11.Kadang-kadang lagi lewat.

  Begitu la kehidupannya seharian bermula semester baru.Zairil sedih.Tiada apa dapat membantu.Keluarganya bukan la kaya untuk dia memberi bantuan kewangan kepada Ina.Cuma jika ada wang lebih baru la dia memberi Ina sedikit.Hatinya sayu.

  "Kita jadi kawan je la",Ina memberitahu niatnya.
  "Kenape?"
  "Ina dah penat bercouple.Ina dah tawar hati.Zairil ada masa untuk kawan-kawan Zairil,game Zairil tapi untuk Ina sedikit pun takde."

  Zairil terdiam.Hendak dia menyatakan jangan tapi dia sedar dia terlalu banyak menabur janji tapi tidak pernah ditepati.Memang dia tahu dia tak banyak meluangkan masa untuk Ina.Ada pun cuma sekali sekala sahaja.Membalas pesanan juga jarang.Telefon juga sama.Kalau tidak Ina yang menghantar pesanan ringkas, jarang sekali dia berhimpit dengan handsetnya.Bukan dia tidak menyayangi Ina tetapi sikapnya memang begitu.Sambil lewa.

  Dahulu pernah Zairil berjanji untuk berubah tetapi janji tinggal janji.Zairil tau dia tidak boleh memberi janji-janji manis lagi.

  "Ina tak mahu lagi hati Ina terluka.Lebih baik terluka sekarang dari kemudia hari.Kalau betul memang Zairil jodoh Ina,Ina akan terima.Tapi buat masa sekarang ni Ina sudah tawar hati dengan Zairil.Mak pernah cakap yang mak cuma nak Zairil sorang je menjadi suami Ina.Kalau suatu hari nanti Zairil datang meminang Ina,Ina la orang yang paling gembira sekali",Ina bercakap panjang.

  Zairil tidak dapat berbuat apa-apa.Dia hanya menerimanya.



















  

Ke Manakah Cinta #2

  Zairil menekan 'power button' laptop.Lampu biru menyala.Skrin laptop cerah.Hatinya ingin berkata sesuatu.Ingin dia mengisi sesuatu dalam blognya.Tapi tiap kali meenaip,pasti tersekat.Ditaip panjang-panjang,di padam semuanya.

  Banyak yang disimpan dalam hatinya.Tak terluah.Rindu pada keluarga.Awek.

  "Huh!",mengeluhnya panjang.Runsing.Otaknya ligat berputar.

  Dua hari lepas,dia bergaduh lagi dengan Marlina, aweknya. Cuma kali ni Ina hanya meminta supaya hubungan diteruskan sekadar kawan.Tapi hati ina tak berubah.Masih seperti dulu.Letih bercinta katanya.

  Tapi Zairil tau semua berpunca dari sikapnya.Jarang berhubung dengan Ina.Bukan cintanya sudah pudar.Bukan dirinya memiliki teman lain.Cuma memang sikapnya begitu.Sambil lewa.

  Sering dirinya dipersalahkan tiap kali bertengkar.Dia sudah letih.Ini lah dirinya.Disuruh berubah,entah bile boleh melihat hasilnya.Masih lagi tinggal janji kosong.Dia merasakan hubungan jarak jauh tidak praktikal untuk dirinya.

  Masakan Ina tidak tahu betapa prihatinnya jika dia berada disisi Ina.Kalau boleh setiap saat dia ingin melihat Ina gembira. Zairil merasakan jika dia berkahwin dengna Ina, Sudah pasti masalah begini tiada.Dia tahu semuanya bukan sekelip mata.Pengajiaannya masih lagi berjalan.Bertambah pula tu.
  Zairil merenung dalam dirinya.

  "Mungkin hanya aku melihat diri sendiri sempurna",bisiknya sendirian.

  Alasannya sama untuk memujuk hatinya.Akhirnya dia terdiam.Mencari sesuatu untuk menceriakan dirinya.

  Di buka page facebook.Tiada 'notification'.Ah,sudah di agak semua tu.Memang gatal tangan untuk membuka facebook.Di 'refresh' berkali-kali untuk melihat berita teman-temannya.Tidak di komen juga.Geli hati dengan gelagat manusia.Ditenung lama skrin laptopnya.

  Handsetnya berbunyi menandakan mendapat pesanan.Dibuka.Dari Ina.Habis membaca diletak kembali handsetnya.Tidak terasa untuk membalasnya.Merasakan pesanan itu tidak penting untuk dibalas.Hatinya tahu Ina perlukan teman untuk berbicara.Lagi-lagi darinya.Tapi dibiarkan juga.

  Lama merenung page facebok,dia kebosanan dan letih.Dilayan matanyanya kuyu, terlelap dia sambil dipandang profile kawan-kawannya.