Ke Manakah Cinta #1

  "Ina ingin berhenti belajar.Ina sudah penat.Dah isi borang".Itulah pesanan yang diterima dari pada Ina petang tadi.Baru saje dibukanya.Bukan dirinya sengaja cuma dia tidak perasan handsetnya berbunyi.

  Geram hatinya.Mengapa Ina tiba-tiba berkata demikian.Hatinya bercampur baur.

  "Kenape nak benti?Kenape tak bagitau Zairil dulu",balasnya ringkas.Pesanan dihantar.

  Dia menunggu.Lama.Gelisah.

  "Keje".Pendek.Zairil melihat jam.Oh,6.15 p.m sudah.Ina sedang bekerja.

  Zairil menyambung kembali perbualan dengan dua orang kawannya yang baru saja tiba.

  "Hari tu aku ada tanya pasal TV kat Helmi",Kamarul bersuara."Aku oyak ko dio tanya ke sek-sek mu nok pinje TV dio ko.Tak tau plop sek-sek mu beli TV doh",sambung Helmi dengan longat kelantanya.

  "Aku ingat dia dah bawak balik TV dia.Senyap je.Malu la aku nak cakap lagi",Zairil membalas.

  Aidil tersenyum sambil buat-buat sibuk.Hisyam pulak asyik memetik gitar.Entah apa lagu dia main.Sedap kedengaran.Zairil Layankan sahaja.

  "Aku beli dengan Wan,RM120 je".Zairil cuba memberi isyarat bahawa bukan dia sengaja mahu berbelanja membeli TV second hand tu.Hakikatnya memang dia dan Aidil segan mahu berbicara dengan Helmi mengenai TVnya.Maklumlah,sebelum cuti semester lepas telah diutarakan permintaan itu tapi seolah-olah tiada jawapan.

  "Helmi oyak dio malah nok beria-ria bagi sek-sek mu pinje lau sek mu taknok",ujar Kamarul seolah-olah mahu membetulkan fakta.

  Zairil membuka peti sejuk lalu mengambil coklat Apollo.

  "Eh,makan la ni.Baru aku teringat".Sengaja mahu mengalihkan topik perbualan.

  Tak lama kemudian azan mahgrib berkumandang.Kamarul dan Hisyam pun beransur pulang ke asrama.

  Zairil nyalakan rokok sebatang sambil menonton TV.Ditekan-tekan button tv untuk mencari siaran yang menarik.Hampa.

  "Ada lak yang menarik kat tv sekarang",bisiknya sendirian.Kesal.

  Apa yang diungkapkannya adalah benar.Siaran di Malaysia sekarang tiada  apa yang menarik.Lain la dihari-hari yang ditetapkan.Ada filem-filem ditayangkan.Selain tu baginya hanyalah sampah sahaja.Lagi-lagi cerita dari seberang.Muak.

  Dipadamnya TV lalu kebilik untuk melihat facebook.Manalah tau "notification' yang best-best.Tidak lama kemudian handsetnya berbunyi.Dilihatnya skrin tertera nama Ina.

  "Ha,hello".Dia berjalan keluar untuk mencari privasi.
  "Ai,kasarnya",suara dihujung talian bersuara.
  "Eh,takde la.Ehem..Ehem",Zairil cuba membetulkan suaranya.
  "Kenapa nak benti?Dah isi borang ke?Nape tak bincang dengan Zairil dulu?",Zairil meluahkan apa yang terpendam sejak petang tadi.
  "Dah isi tapi belum hantar.Ina penat.Hidup ni macam takde life.Belajar,kerja,belajar,kerja.Ina nak berhenti",Ina bersuara lesu.
   "Em",Zairil membalas pendek.

  Tiada apa yang boleh diperkatakan jika Ina berpendapat sedemikian.Bukan dia dapat membantu apa-apa untuk meringankan bebannya.Zairil faham benar masalah yang dihadapi aweknya itu.Ina pergi ke kelas pagi hingga ke tengah hari.Kemudian terus pergi ke kedai makan tempat dia membuat part time sehingga jam 3 ptg dan pergi ke kelas semula.Tanpa rehat yang cukup dia bekerja semula dikedai sehingga jam 11.Kadang-kadang lagi lewat.

  Begitu la kehidupannya seharian bermula semester baru.Zairil sedih.Tiada apa dapat membantu.Keluarganya bukan la kaya untuk dia memberi bantuan kewangan kepada Ina.Cuma jika ada wang lebih baru la dia memberi Ina sedikit.Hatinya sayu.

  "Kita jadi kawan je la",Ina memberitahu niatnya.
  "Kenape?"
  "Ina dah penat bercouple.Ina dah tawar hati.Zairil ada masa untuk kawan-kawan Zairil,game Zairil tapi untuk Ina sedikit pun takde."

  Zairil terdiam.Hendak dia menyatakan jangan tapi dia sedar dia terlalu banyak menabur janji tapi tidak pernah ditepati.Memang dia tahu dia tak banyak meluangkan masa untuk Ina.Ada pun cuma sekali sekala sahaja.Membalas pesanan juga jarang.Telefon juga sama.Kalau tidak Ina yang menghantar pesanan ringkas, jarang sekali dia berhimpit dengan handsetnya.Bukan dia tidak menyayangi Ina tetapi sikapnya memang begitu.Sambil lewa.

  Dahulu pernah Zairil berjanji untuk berubah tetapi janji tinggal janji.Zairil tau dia tidak boleh memberi janji-janji manis lagi.

  "Ina tak mahu lagi hati Ina terluka.Lebih baik terluka sekarang dari kemudia hari.Kalau betul memang Zairil jodoh Ina,Ina akan terima.Tapi buat masa sekarang ni Ina sudah tawar hati dengan Zairil.Mak pernah cakap yang mak cuma nak Zairil sorang je menjadi suami Ina.Kalau suatu hari nanti Zairil datang meminang Ina,Ina la orang yang paling gembira sekali",Ina bercakap panjang.

  Zairil tidak dapat berbuat apa-apa.Dia hanya menerimanya.



















  

Tiada ulasan: