Aku diam saja

Kita hanya manusia biasa.
Tiada yang sempurna.
Kita dilahirkan putih.
Keadaan sekeliling yang mencorakkan kita.
Kata orang.
Tapi hakikat manusia
Memang pendosa
Penuh kesilapan
Tiada yang sempurna
Kalau semua sempurna
Kenapa Tuhan ciptakan kita
Kesilapan demi kesilapan itulah yang mendekatkan kita pada yang esa.
Yakin
Tapi kita manusia lebih menghukum
Menghukum lebih dari Tuhan.
Manusia.

Bila kita terlalu bercakap tentang orang
Kita lupa tentang diri kita
Kitakah apa yang kita sendiri lemparkan
Kadang kala kita perlu juga bermuhasabah diri
Adakah perlu kita lakukan semua itu
Menjadikan sesuatu yang mudah lebih rumit

Mungkin memaafkan itu rumit
Payah
Susah
Tapi fikirkan semula
Apakah kesalahan itu terlalu besar
Adakah kesalahan itu benar-benar menghakis jiwa?
Sedih
Mengapa negetif itu yang diambil kira
Bersama bukan sehari dua
Dah lama
Kalau dikatakan tidak kenal pada pasangan
Tahu marah juga
Dicerita kebaikan
Dikatakan mengungkit...

Pasrah.

Kamu....
Mengungkit juga pekara baik.
Dari segi mana kau mengungkit tu.
Tapi mentaliti manusia memang begini
Yang negetif terus di ambil negetif.
Cubalah berfikiran jauh.
Jangan asyik mencari kesalahan orang.

*geleng kepala

Diulang-ulang luka yang sembuh meninggalkan parut.
Dah tu mengapa tidak ditinggalkan saja?
Masih mahu bermain tarik tali.

Mungkin kau rasa kau menang.
Bila mana kau suka kau tarik
Bila mana kau sedih kau lepaskan
Guna alasan kau tersakiti
Tapi ingat
Jika lawan kau kepenatan
Kau juga perlu mencari lawan lain.

Ego kau terlalu tinggi perempuan
Bukan calang-calang
Kalau aku ditempat si kawan ini
Pasti kau tersakit sendiri.