Surat

Satu pucuk surat
Dua helai ketas merah
Satu ucapan hari jadi
Satu ucapan madah indah
*Tenung
*Baca
*Tersenyum
*Sinis
Setiap baitnya sempurna

Setiap baitnya indah
Menyatakan aku yang utama
Menyatakan aku yang kau rindu
Menyatakan aku yang kau mahu

Menyatakan mati memisahkan kau dan aku

Tapi 
Ia cuma ucapan

Ia cuma tulisan
Dari manusia yang dicipta
Entah benar atau tidak
Entah kekal atau tidak
Seindah mana dikarang

Secantik mana digubah
Ia tetap dari yang dicipta
Bukan pencipta

Akan pudar
Akan hilang
Akan hancur
Ditelan masa
Pasti