Angin kosong


Senyap
Sunyi
Hanya bunyi unggas malam bersahutan
Katak memanggil hujan
Angin bertiup perlahan
Angin tanpa salam rindu
Angin tanpa berita darimu
Kosong
Hanya angin dingin mengigit tulang
Kedinginan sebegini hanya membawa hujan
Ah, biarlah
Biarpun hujan masih ada rahmatnya
Biar hujan membasahi tanah gersang
Tanah gersang dibakar terik mentari siang
Kelak masih ada sesuatu yang mekar dari tanah ini
Hanya menunggu
Dan terus menunggu.

Terbanglah kau pergi

Terbanglah kau pergi
Jangan pernah kau lupa
Sini bukan persinggahan
Sini bukan tempat kau 
Dunia kan menghalau
Terbanglah kau pergi
Mencari tempat yang sesuai
Tinggalkan dunia asing ini
Dunia yang sentiasa mencengkam
Terbanglah kau pergi
Mencari kawanan 
Biar dunia lihat
Kau bukan berseorangan
Terbanglah kau pergi
Gagak hitam

2#Awak ingat?

Kau ingt bila kita makan kfc bersama
Kau buat muka masam mencuka
Melihat aku meratah ayam panas selamba
Aku siat-siatkan ayam panas untuk kau
Ye la, tangan macam puteri raja
Kene panas merah menyala
*senyum
Aku suka buat kau rasa istimewa
Aku suka buat kau gembira
Tanpa sedar sifat kanak-kanak kau trkeluar sama
Aku suka

Aku gembira bila kau tak mampu buat apa
Lenguh mengangkat beg berat sekilo gula
Tidak mengapa
Aku boleh angkat segala
Biarkan kau jalan bersahaja
Biar orang mengata
Biar orang berkata
Asal kita tahu apa sebabnya

Bukan aku nak mengungkit
Tidak pernah sekali
Cuma aku rasa gembira
Dapat buat kau suka
Dapat ringankan beban kau
Dapat buat kau rasa istimewa
Aku rindu masa lalu
Aku rindu

Proses mengenal hati

Bercinta ni mungkin boleh disamakan dengan bertunang. Cuma bezanya,tak declare kat mak bapak. Mungkin tahu. Mungkin tidak. Kalau putus pun tak la malu sebab bukan semua orang tahu. Tapi difikirkan semula, sama la jugak dengan bertunang yang pada dasarnya tidak perlu pun untuk dihebah-hebah kan. Tapi zaman kini, bertunang serupa bernikah pada zaman dulu. Ada hantaran. Pelamin bagai.

Bercinta. Bertunang. Satu proses untuk mengenal hati budi pasangan. Sesuai atau tidak. Sehati sejiwa atau tidak.Boleh terima kelebihan masing-masing atau tidak. Boleh pejam mata dengan kekurangaan atau uidak. Proses suai kenal. Kalau tak ngam, putus. Kalau tunang meriah cam kawen, tanggung la malu. Biasa la masyarakat kita. Suka menghukum.

Cinta. Mudah melafazkan. Kau ras getar, kau lafaz. Kau rasa bahagia kau lafaz. Hanya kau yang aku cinta. Kau la nyawaku. Kau la senyumku. Kau la segalanya. Hidup ini pudar tanpamu. Manis. Indah. Tapi kau nampak apa yang kurang, kau menghilang. Itu maknyanya hanya mainan bibir. Sementara.

Sbenarnya mudah. Jika seseorang benar-benar meletakkan hidupnya atas diri kau, dia akan terima kau seadanya. Betul. Contoh, kau cepat panas. Selalu naik angin. Bawak la berbincang. Jika benar dia mencintai kau, dia akan terima. Mungkin pada sesuatu situasi, semakin payah. Dia sukar menerima. Tanya la pada diri sendiri, kenape begini. Ceritakan pada si dia. Si dia pula jangan ambil enteng. Berhati-hati untuk tidak membangkitkan kemarahannya. Setiap orang, marah bersebab. Mana mungkin tiba-tiba saja hujan lebat. Mestilah berangin dulu, baru mendung, kemudian hujan. Lagipun jangan yang buruk saja kau pandang. Mungkin ada sisi yang lebih baik darinya hingga dapat menutup yang buruk. Kenali la pasangan anda dahulu baru membuat keputusan. Jika kelak kau tidak menyesal, cinta kau hanya di bibir saja.

Aku terbaca status seorang teman.

seriously , tak suke lelaki yg suke cakap lepas . Tak kire la dlm fb ke , dgn membe2 ke .. Tak suke . Bile dah ckp lepas tu , tak mustahil die akan ckap kasar dgn isteri dan anak anak mereka .

Ini kenyataan menghukum. Serius. Kau belum kenal tapi sudah menghukum. Susah. Cinta ini bukan hanya mencari pasangan yang sempurna. Cinta ini saling. Saling melengkapi. Kelebihannya menutup kelemahan kau. Kelebihan kau menutup kekurangan dia. Itu cinta. Itu namanya berpasangan. Lihat la diri sendiri. Tanya la diri sendiri. Sempurnakah aku untuk mencari kesempurnaan pasangan aku. Ada sebab kenape tuhan ciptakan manusia itu serba kekurangan.

                                       ..................................................................

Sampai sekarang aku masih lagi bersabar untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang maha sinis. 
Kata-kata membuatkan kau terpaku. 
Memberikan persoalan yang tidak mungkin kau jawab. 
Membuatkan kau malu. 
Secara jujur kau belum tahu sisi aku yang lebih gelap. 
Kerana aku tahu jawapan kau untuk mempertahankan diri. 
Kita sudah berpisah.
Apa kau mahu lagi
Aku tahu 
Ini.

1#Awak ingat?

Awak ingat tak bile kita saling membezakan kasih sayang kita

A : Saya sayang awak banyak ni.
*sambil depakan tangan sedikit

S : Saya sayang awak macam ni
*lekatkan jari telunjuk dengan jari ibu

A : Ala-ala...Saya sayang awak camni ha....
*Mendepakan tangan sebesar mungkin

S : Tapi saya sayang awak camni je........
*menekan rapat jari telunjuk dan jari ibu

A : Em...lau camtu kawan dengan cokolat (patung beruang coklat) je la.
*mulut muncung

*tersenyum gembira
Indah
Kalau kau boleh membaca hati aku
Kau akan tahu
Sayang aku pada kau
Ketakterhinggaan (baca : infiniti)
Rajuk kau yang aku mahu
Sikap kanak-kanak itu aku tunggu
Antara yang terindah pada kau

Jika tiada syurga dan neraka

Aku terfikir
Sehari kau ada lima waktu untuk bersujud
Enam belas rakaat
Tiga puluh dua kali kau bersujud
Itu yang wajib
Sunat?
Tapi untuk apa?
Kerana itu yang Islam ajar
Jadi kau turuti saja
Kerana itu kebiasaan kau
Rasa semacam jika tinggal
Atau kau takutkan neraka
Menggigil hanya memikirkanya
Atau kau inginkan syurga
Bekalan untuk hari pengakhiran
Jika syurga dan neraka tiada
Masih kau melakukan pekara sama
Kalau dari pengamatan mata kasar
Semua mahukan syurga
Semua takutkan neraka
Berbondang-bondang bekalan dibawa
Entah
Aku rasakan sesuatu
Seperti mementingkan diri
Seperti di akhir nanti kau akan berkata
Ya tuhanku
Ini hasil semasa aku hidup
Layakkah aku ke syurgamu
Seperti mahu menunjukkan sesuatu kepada pencipta
Bukan aku benci
Bukan aku tertawakan
Bukan
Cuma untuk apa kau menyembahnya
Untuk syurga
Ataupun memang Dia layak disembah
Adakah kita benar-benar ikhlas
Adakah kita benar-benar tulus
Contoh
Ini hanya perumpamaan
Bukan niat untuk menyamakan tuhan dan manusia
Subhannallah
Bila kita hormatkan seseorang
Adakah perasaan hormat itu datang
Kerana kita takut
Atau dia memang layak untuk dihormati
Begitu lah
Mana mungkin tuhan mahu disembah
Hanya untuk menunjukkan kekuasaannya
Tulus dan ikhlas itu yang penting.




Mustahil

Pelik
Dulunya kau beria
Dulunya kau mahu
Dulunya kau yakin
Kau buat aku terpinga-pinga
Tiada angin tiada ribut
Kau ambil langkah drastik
Tapi
Kini kau datang
Datang untuk memberitahu
Sesuatu yang mengelirukan
Sesuatu yang aku pun tak pasti
Aku masih terpinga
Bercakap tanpa rasa bersalah
Bercakap seperti hati ini tidak berubah
Pelik
Kau baca di dalam ini?
Kenapa kau yakin aku menunggu
Apa kau jangka itu mungkin
Tapi kalau seperti ini
Mustahil

Untitled

Waktu ini terlihat dinding (baca : wall) seorang kawan
Teringat pada ayahnya yang telah pergi
Mungkin hari jadinya tarikh ini
Semoga pak cik tenang disana
Amin
.........................................................

Aku tersentuh kalau pasal ini
Dua puluh tahun
Dua puluh tahun yang lepas kau pergi
Lama
Dua dekad
Hampir suku abad

Kau tahu bertapa susahnya kami tanpa kau
Betapa payahnya mak tanpa kau
Betapa peritnya hidup kami
Kami perlukan kau
Disaat kami dicaci
Disaat kami dihina
Kau perlindung kami
Tapi kau tiada

Tidak menang tangan mak jaga kami
Tugas yang maha berat kau letak dibahu mak
Mak bukan berpelajaran
Huruf pun tidak kenal
Kau tinggalkan mak tanpa apa-apa
Kau tinggalkan kami tanpa sesiapa
Atuk?
Kau juga bawa pergi

Maaf aku katakan
Aku tidak rasa sedikit pun peranan kau
Peranan kau pada kami

Ayah
Orang rindukan ayah
Satu pun gambar ayah kami tak ada
Syukur muka abang sama cam ayah
Orang boleh agak muka ayah macam mana

Ayah
Ayah ingat tak dulu
Ayah marah orang suruh makan sampai licin
Sekarang ni orang macam ayah pulak
Paling pantang siapa tak makan habis
Orang dengar kata kan?
Orang rindu ayah.


Randomness

Aku ada beberapa ciri perempuan yang takut untuk  aku dekati
Diulangi, AKU
Yela, setiap orang ada lain-lain bukan
Secara khususnya, perempuan yang nak dijadikan bini
Setakat kawan, mana mungkin terjadi
Sebab aku takkan mulakan dulu
Melainkan lelaki
Bagi aku untuk mengenali perempuan secara mendalam
Hanya untuk menjadikan dia istimewa
Kawan perempuan, biasa-biasa sudah
Oleh itu aku dicop tinggi diri

Secara kasarnya
Aku takut dengan perempuan cantik
Yang mana bila lelaki lihat
semua memuji
Kerana aku juga sedar diri
*gelak

Kemudian yang mana tuding melilit-lilit
Fashionista
Aku bukan begitu
Takut-takut tidak terkejar
Bila orang tengok bagai langit dengan bumi
*senyum sendiri

*belum habis tersenyum
Yang ini lagi gerun
Gambar-gambar muka buka yang mewah
Makan disitu
Minum disana
Lepak disini
Starbuck
Pizza hut
Kenny
Dan jenama-jenama yang asing bagi aku
*gelak lagi
*pasang lagu jimmy palikat
*gelak
Walaupun sudah berkerjaya nanti
Masih takut

Ini sahaja mungkin
Terganggu dengan nyanyian sendiri
Hilang fokus

Surat

Satu pucuk surat
Dua helai ketas merah
Satu ucapan hari jadi
Satu ucapan madah indah
*Tenung
*Baca
*Tersenyum
*Sinis
Setiap baitnya sempurna

Setiap baitnya indah
Menyatakan aku yang utama
Menyatakan aku yang kau rindu
Menyatakan aku yang kau mahu

Menyatakan mati memisahkan kau dan aku

Tapi 
Ia cuma ucapan

Ia cuma tulisan
Dari manusia yang dicipta
Entah benar atau tidak
Entah kekal atau tidak
Seindah mana dikarang

Secantik mana digubah
Ia tetap dari yang dicipta
Bukan pencipta

Akan pudar
Akan hilang
Akan hancur
Ditelan masa
Pasti

Bodoh

Mana mungkin aku akan memberitahu aku rindu
Melihat kau tersenyum gembira

Tanpa aku dihari-harimu
Ya, tanpa aku

Tapi aku rindu

Ini bukan ego
Ini bukan hati batu


Cuma aku tidak tahu
Bagaimana mahu mengemis perhatian kau

Perhatian dari seseorang yang dirasa sungguh asing
Yang lagaknya selamba

Seperti tiada apa yang berlaku
Aku mengharap satu

Kau seperti aku

Sama-sama ridu
Sama-sama hilang sesuatu

Bodoh aku fikir begitu
Bodoh

Hidup


Hidup ni biarlah merendah diri
Serendah kaki memijak
Tapi 
Bukan untuk dipijak
Bukan untuk disepak
Cuma untuk memberitahu
diri masih manusia biasa
Banyak khilaf banyak silapnya
Saling mengingati saling toleransi
Malangnya masih
takut,khuatir,bimbang
Ada yang mengambil kesempatan diri.

My mom


My mom dedicate all her life only for us.
It tears me a lot.
What ever she get
What ever she do
Only for us
Thanks mom.
Want to let all of you knows
My mom is the best.

Di Mana

Aku teringat seminggu lebih yang lepas
Kau yang ragu-ragu dengan keputusan kau
Mahu aku terus menunggu dan
Mahu aku tidak terus menunggu
Aku tenang
Aku tenang kerana aku mengetahui
Mengetahui bahawa kau cuma mahu menjaga hati aku
Mahu menghilangkan rasa bersalah kau

Aku diam kerana mungkin aku tersalah
Tapi aku yakin ramalan aku benar
Sengaja aku mengacah kau supaya membuat keputusan yang tepat
Sengaja aku mengingatkan kau kekurangan aku
Sengaja aku mengandaikan masa depan jika masih memilih aku
Aku cuma mahu lihat kau bersungguh
Cuma mahu melihat kau betul-betul mahu
Apa gunanya aku merayu
Merayu supaya kau kekal di sisi
Tapi hati kau tidak rela
Masih memikirkan kelemahan aku

Kau tahu betapa kecewanya aku
Betapa hancurnya hati aku
Memang tidak terlihat
Memang tidak tergambar
Kerana aku tidak mahu kau rasa bersalah
Kau tahu betapa payahnya untuk berlakon sebegitu
Untuk terus bertopengkan kegembiraan
Memalsukan ketawa

Kau tahu
Aku paling susah hendak mimpi
Tapi kau hadir dalam mimpi aku
Hanya tidur sebentar
Ya Allah
Indah
Mimpi yang indah
Pendek tapi sudah cukup membuat aku tersenyum
Setiap masa aku tersenyum lebar
Perasaan itu masih terasa
Aku rindukan kau
Terlalu

Kau kata kau rindu aku
Kau kata jangan marah jika kau rindu aku
Tidak sayang
Hanya dengar ucapan itu
Mahu saja gugur jantung ini
Tapi itu enam hari lepas
Tanpa khabar berita
Senyap

Semalam
Sekali lagi kau mengecewakan aku
Kau sudah berpunya
Mesra
Tidak mampu aku berkata
Hanya bermonolog sendirian
Sangkaan aku betul bukan
Takkan la begitu cepat
Mana harapan
Mana keputusan teragak agak kau
Mana rindu kau
Mana.......


Lelaki itu aku

Lelaki ini yang keras hatinya
Lelaki ini yang pemarah
Lelaki ini yang sangat tinggi egonya
Lelaki ini yang kemarahannya sentiasa meluap-luap
Lelaki ini yang kasar percakapannya
Lelaki ini yang pada dasarnya penuh kekurangan
Tapi
Bila mana hatinya tenang
Bila mana hatinya gembira
Bila mana hatinya penuh kasih sayang
Akan dijadikan kau wanita paling gembira
Akan dijadikan kau puteri
Gayanya sedikit pun tidak menggambarkan kekurangan
Penat lelah diketepi
Hanya untuk memastikan kau gembira
Hanya untuk memastikan kau bahagia
Tidak kira bila
Tidak kira bagaimana
Biar pun susah
Biar pun payah
Hanya satu tujuan
Melihat kau tersenyum bahagia
Tapi
Kenapa marahnya kau lihat
Kenapa egonya kau perhati
Kenapa kasarnya kau ingat
Kenapa kekurangannya kau cari
Kenapa sayang
Jika kekurangan kau lihat
Kebencian kau dapat
Jika kebaikan kau pandang
Kebahagian kau pegang
Aku cuma harap kau bersabar
Kenali aku yang sebenar
Aku tahu semua yang sudah terlambat
Kau sudah menemui teman sebenar
Setiap masa memuji
Setiap masa berlembut
Aku iri hati
Aku terasa hati
Kerana kau belum kenal aku
Diri aku yang sebenar