Haroooom kepala kote ko

Ok aku marah sekarang ni.Bangun tadi aku tak berape nampak post ni.Ye la banyak taik mata kan.Aku nak tanya.Adakah kalau kita bercakap atas nama islam,semua benda yang kita cakap adalah benar dan wajib ikut,mesti kene dengar.Camtu ke?

Korang bca la kat oh! islam.Aku malas nak tiru dan tampal kat sini.Kemon la beb.Ape yang korang pikir ni?Haram?WHAT?Ko nak bagi dalil ni,

'Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]'

Ok,aku yang jahil ni ada soklan.Kalau la tiba-tiba cara sembahyang buddha sama macam kita solat hari-hari.Kene tinggal ke solat tu?Jadi haram ke?

Niat oi.NIAT.Kau nak hargai mak kau pun jadi haram.

  Hari ibu kan hari-hari,tak payah la nak kene ada hari khusus.

Ya,aku tak nafikan.Tapi kita cuma manusia biasa.Kadang-kadang lupa.Busy.Memang selalu kau balik umah,tepon memanjang tapi pernah tak kau buat mak kau rasa special.Benda yang korang buat tu diorang dah lali.Memang diorang gembira,cuma kali nak diorang rasa lebih gembira.Tak boleh ke wahai ustaz oh! islam?Tak boleh ke?Haram ke?Paiseh la lu.Kau saje nak buat kontroversi ke pe?

Memang kau tak cakap haram tapi cara kau cakap seolah-olah benda tu haram.Allah tu maha mengetahui.Dia tau apa niat korang.Ada ke hari ni korang sembah mak korang cam dewi-dewi?Ada ke korang cakap "ibu,terima kasih sebab melahirkan juventas, vulcan dan mars".Ada?

Aku akui aku marah dengan artikel ni.Maybe korang cakap aku taip ikut perasaan.Jawapan aku suka ati aku la lau aku nak hargai mak aku harini pun.


Alang-alang pegi TC join sekali

Kepada MAHASISWA CAKNA,ini la masanya anda mahu tunjukkan anda betul-betul amik kisah semua benda.Bukan dok pom pam cakna cakna je dalam kampus.Tak kisah la dalam universiti ataupun luar.Its not about you,its about everyone.Sape yang rasa nak lepak TC malam ni leh la gerak awal.


PETANG INI - TELOK CHEMPEDAK






















PERHIMPUNAN BANTAH PEMBINAAN KILANG LYNAS (RADIOAKTIF)

Sila datang beramai-ramai
semua warga yang tinggal berhampiran
dengan kuantan di harapkan akan datang
bersetiakawan dengan warga gebeng yang akan dilanda malapetaka

Datang bawa lilin

Datang dengan memaki baju hitam

Berkumpul di tepi pantai teluk chempedak

Mula berkumpul jam 6.00 petang hinnga lewat malam.

sumber : TT













Harap sangat dapat pegi.Exam.

Berfikir luar kotak


Kadang-kadang kita buat sesuatu benda yang tak kene kat mata orang lain.Pastu kene kutuk.Memang menyirapkan.Tapi sebenarnya bukan korang yang salah.Diorang yang tak paham tujuan sebenar kita buat tu.Dah la tak paham pastu nak marah orang.Nak cover malu la tu.

Sebagai contoh korang tengok gambar kat bawah ni.Memang nampak gile tapi ada tujuan.Maksud tersirat.Dah tengok pastu pikir la elok-elok ye.Jangan nak suruh orang ikut cara kita je.





Gelak mende?Ada lawak ke?Sape yang buat ni memang bijak.Aku salute la.Dia sebenarnya ada telah pikir jalan penyelesaian untuk masalah BERAK DAN KENCING TAK FLUSH.Well,design ni patut di buat di asrama-asrama.Tak kira la sekolah atau universiti.Tak pun tempat keje.Mudah kan.Just putar je kepala paip tu then bersih la mangkuk jamban.Aku pun paham nak tarik flush perlukan tenaga yang banyak.Nak-nak baru habis tenaga teran taik.100% power efficiency.Ok?




Ha,yang ni untuk mereka yang lupa bawak kunci umah.Jenis yang masuk umah lalu tingkap.Nak praktik kat umah aku takleh.Tingkap kaca katakan.Tapi aku ingatkan awal-awal la.Mana lau tau tengah nak panjat tingkat tu korang kene pukul sebab disangka pencuri.Agak berisiko jugak la.




Pernah tengok orang buat perangkap babi tak?Memang rugi la korang duduk bandar.Cuma perangkap babi dalam dia letak tali.Yang ni pakai batu beso camni aku tak tau la dia nak perangkap pe.Anak gajah agaknya.Dan-dan masuk lobang pastu batu hempap binatang yang masuk dalam tu.Memang nice la.Harimau pun leh dapat camni.Tak payah susah-susah nak bunuh nanti.Nanti korang takkan disabit membunuh binatang liar.Sebabnya,binatang liar tu yang terbunuh.Sudden death.Ala cam Sarbani ngan Teoh tu.




 Sape yang letak watermark fail tu memang sengal.Ini lagi satu orang yang paling bijak.Bayangkan lau ada pencuri nak masuk and then dia terpulas kepala paip tu.Air keluar then menyalir masuk kat soket.Of course la nanti pencuri tu kene letrik.Jerangkap samar ni!.Ai,lembab la korang ni.Haish.Korang ingat tengok cite Home Alone tu saje-saje ke?




Err...Emmm...Ni lagi satu.Tau menjaga sensitiviti masyarakat.Sebab pe?Belah kiring memang la untuk lelaki.Belah kanan untuk couple?La.Apa kebangangnya awak ni.Belah kanan tu maksud dia untuk bapook.Nampak dah?.Ini tandas pertama dunia yang disediakan untuk bapook.Mana nak cari bai.Ini idea orang yang tau masalah masyarakat.Bukan dok goyang kaki je bile ada kuasa untuk mengubah.




Ape yang tak jelasnya?Tak paham lagi?Adoi.Kemon la.Nak kene terang gak?Emm.Belah atas tu maksud dia jangan melintas tempat yang takde zebra crossing(ni eh namanya?).Belah bawah tu sebaliknya.Benda simple pun nak kene terang.Cuba pikir jauh skit.







Ini pun leh kira bijak jugak tapi ada kerugian untuk masa depan.Ini lebih kurang cam perangkap binatang yang kat atas tadi.Cumanya ni untuk manusia.Perangkap ni untuk mereka yang suke mengular.Sedap-sedap ngah melepak,Prap!Settle.Orang yang mengular ni tak mendatangkan pape faedah untuk company.Tapi perangkap ni jarang digunakan sebab mendatangkan kerugian yang besar kepada company.Ye la,lau dah mati nanti mula la nak claim insuran la,itu la,ini la.Lau sorang takpe lagi,lau kat bawah tu seploh orang?Tak ke naya tu.

So,nampak dah benda yang samar-samar tadi?Boleh pkir jaoh dah?Nak salahkan orang lagi tak?Nak suruh orang lain ikut cara kita tak?Dah?Taknak?Bagus.Terima kasih.

Sian Massey


Berulang kali aku tengok,pandangan aku,pemain cardiff sengaja langgar linesman(lau perempuan kira linesman gak ke?) tu.
Tapi linesman tu jugak salah sebab dia terlalu dekat kat situ.Ye la,kene 3-0 mana tak emotional kan.Maybe sebab tu jugak dia tak tolong or say sorry.
Bagi aku,tak kira linesman perempuan atau lelaki,kene jugak say  or do something.At least ask her whether she okay or not.

muka ciut camni aku pun pikir dua kali nak langgar...kah kah kah

Pape pun dia masih lagi profesional,bangun dan menjalankan tugasnya.Biasa la,dunia lelaki kadang-kala kejam untuk perempuan.


kredit : sokerleaks

Side effect duck face

Siapa suka buat duck face?Ceh,taknak ngaku lak.Aku kenal la muka-muka suke buat duck face ni.

#woi!

Hehehe.Rilek-rilek.Jangan marah.Gurau sikit pun tak leh dah.Tau la tension study.

Sape cakap duck face tak comel?Comel pe.Buat muka camtu,gedik-gedik skit.Walla!

Lelaki cakap je tak suke tapi malu nak admit.Toksah tipu la.Memang la kadang-kadang ada yang buat tak comel pun.Hahaha.

Tapi korang tau tak side effect buat duck face?

Pe?Tak tau?La...Patut la selalu sangat buat.Menurut pakar saraf universiti kat amir reka,saraf kita akan kejang kalau buat duck face sekali sehari.Kekejangan akan berterusan selama beberapa hari dan akan kekal selamanya.

Tak nak caya gak.Em.Ikut korang la.Ni bukti.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Taknak caye gak.Tak leh wat pe r.Tapi ingt.Jangan cakap aku tak pesan lau jadi pape.

Hujan itu sunyi

Waktu semasa/selepas hujan digambarkan romantik.
Fakta ataupun hanya aku saja tidak merasa begitu?
Adakah disebabkan pandangan yang berbeza?
Tunjukkan aku bagaimana perasaan romantik itu boleh dicungkil.

Hujan.
Aku gambarkan keadaan yang
Sunyi,sejuk,suram,seorang.
Melihat gambar-gambar dibawah
Terbayang aku berada di dalamnnya.
Takut.
Di tempat asing aku keseorangan.

Fobia.
Ya,aku fobia dengan air sejuk.
Minuman sejuk jauh sekali.
Kegemaran aku.
Air sejuk untuk mandi.
Itu yang aku maksudkan.

Ketika mandi
Begitu sunyi aku rasakan.
Takut.Gelap.
Cuba aku melawan.
Akhirnya teresak sendirian.

Itu dulu.
Tapi masih terkesan lagi
Kadang-kala.























Orang kata suasana mempengaruhi diri,tidak aku nafikan.

Nak sebijik



Zaman dah berubah.Dunia dah maju.Tengok teknologi ni nak nangis rasa.Superb sangat.