Surat cinta #1

Kepada wanita yang akan aku cintai,

Aku di sini sihat-sihat saja.
Aku harap kau juga begitu.
Aku ingin meminta maaf kerana masih belum menemui kau lagi.
Yang di atas sana masih menguji kesabaran dan keteguhan aku.
Doa dari kau juga perlu supaya aku dapat mengharungi hari-hari gelap yang mendatang.
Bersabarlah sayang.
Aku juga masih ingin mara kehadapan biarpun aku harus merangkak.
Demi Dia. Demi kau. Demi segalanya.
Sabarlah menanti.
Aku akan datang suatu hari nanti.
Aku sudah letih berjanji.
Aku sudah letih dengan janji.
Aku akan datang dengan bukti.
Suatu hari nanti.

Yang benar,
Aku yang mencintaimu.