sudah lali


dulu hati itu pantang sunyi.
pasti cepat diisi.
hidup sehari mahu berteman.
serba tidak kena sendiri.
mulut yang tidak lekang dengan manisan.
manisan ayat pengubat lain hati yang sunyi.
rajin memuji.
ikhlas.
yang itu dulu.
kini hati itu terbiasa sepi.
tiada irama berulang kali.
hari-hari sendiri.
tapi masih hidup.
masih berdiri.
makin hari makin pudar.
hilang rasa untuk mengisi kekosongan itu.
kerana terbisa sepi dan sunyi.

Tiada ulasan: