Apakah itu?

Sebulan lebih berlalu
Baru tahu apa yang ku mahu
bukan kebebasan yang dipinta dulu
Hanya jagaan dan kerisauan yang kau tunjuk selalu
Itu yang ku mahu.

Kerisauan tanda sayang
Sayang tanda cinta
Cinta memerlukan belaian
Belaian tanda diperlukan
Diperlukan untuk terus merasa kemanisan
Kemanisan untuk memberi erti hidup
Hidup yang dilalui seharian.

Apa yang aku harapkan
Bukan menjadi yang sebelumnya
Bukan menjadi sesiapa
Hanya tunjukkan menyayangi diri seadanya
Akan ku berjanji akan memberi segalanya
Mungkin tidak pada masa
Tapi pasti kau bahagia.

Aku mahu dibimbangi
Aku mahu bergaduh
Bukan kerana membenci
Bukan kerana mahu memaki
Kerana aku menyanyangi.

Tiada ulasan: