Zairil termenung sendirian.Laptop terbuka.Memandang Tv kosong.Terfikir berapa ramai wanita yang sudah keluar masuk dalam hidupnya.Asyiah,Liza,Maria,Baqiyah,Iman dan Ina.Ramai.Tapi yang betul pernah menjadi cintanya hanya Asyiah,Maria dan Ina yang bertahan sehingga semalam.Rokok dinyalakan sebatang.Dihembusnya berat.
Zairil tak tahu mana silapnya.Adakah dia sudah bosan sebab itu hubungannya dengan Ina semakin hambar?
Mungkin.
Zairil sedar bahawa mencintai sepenuh hati belum menjamin apa-apa.Zairil selalu memberi alasan mahukan sedikit kebebasan.
Nah!Inilah kebebasan.Kebebasan untuk kemana-mana tanpa perlu memberitahu sesiapa.Kebebasan untuk tidak berbuat apa-apa.Kebebasan untuk tidak saling menghantar pesanan.Kebebasan.
Zairil tidak tahu bahawa dirinya sudah diberikan kebebasan oleh Ina.Berbalas pesanan la dengan sesiapa pun.Pergi la kemana pun.Buat la apa-apa pun.
Tapi dengan syarat bagi tahu dia dahulu.Dia perlu ada ketika Ina memerlukan dia.Itu saja.
Manusia tidak pernah puas.Hayati la kebebasan ini.
Di habiskan sedutan terakhir.Kesunyian hatinya tidak dapat diisi dengan sesiapa pun kecuali Ina.Lima tahun sudah dia berpasangan dengan Ina.Ketika itu Zairil sedang belajar di matrikulasi.
Tersenyum sendirian Zairil mengingati setiap peristiwa ketika bersama Ina.Bagaimana dia mula mendekati Ina.Dia menarik nafas berat.
Sedih.Sunyi.Begitu la hisupnya seharian tanpa Ina.Dia tau hatinya masih lagi belum merasakan kesakitan sebenar.Kalau dia mengetahui Ina sudah berpasangan dengan orang lain pastinya saat itu bermula.Pernah dia merasakannya sebelum ini.Sehariannya bagaikan mayat hidup.Dari seorang yang ceria bertukar kepada seorang yang bermuram duja.
Zairil merehatkan badannya di lantai berbantalkan lengan.Dia terpikir sampai bilakah hubungannya dengan Ina.Hatinya bagaikan di cucuk-cucuk.Ditekan-tekan dadanya.
"Kalaulah aku boleh kembali ke masa silam, takkan aku berpasangan dengan Ina.Bukan aku boleh menjaganya pun.Dia perlukan lelaki yang lebih baik",bisiknya sendirian.Akhirnya zairil terlelap dalam angannya.
......................................................................................................................................
"Wan!Wannnn!Kau nak bangun pukul berapa tu?Lewat pulak naik bas nanti.Kau dah kemas barang-barangkau ke belum?",kedengaran suara Wak Yah dari dapur.
Perlahan-lahan Zairil bangun.Dilihatnya jam,baru pukul 6 pagi.Dia menghempaskan badannya semula.
Tiba-tiba dia bangun semula dengan pantas.Dilihatnya sekeliling.Berlari dia ke dapur.
"Mak!Mak!Bile orang balik?",jerit Zairil dengan tegas.
"La..Bukan kau balik hari ni ke?",jawab Wak Yah kehairanan.
"Bukan-bukan.Orang balik umah ni bile?"
"Kau gila ke pe Zairil.Pagi-pagi dah terjerit-jerit.Kau dah kemas barang kau?".Tidak dijawab pun soalan Zairil.
Zairil membiarkan maknya menyambung kerjanya.Dia berjalan perlahan kembali ke bilik.Zairil cuba mengingati sesuatu.Rasanya di seperti sudah hidup lima tahun kehadapan.Dia mencapai handsetnya.Tertera tahun 2006.Pelik.
Dia mencari-cari nombor telefon Ina.Tiada.Aidil.Tiada.Kamarul.Tiada.
Tiba-tiba air matanya mengalir.Di kesat-kesat tapi tidak mahu juga berhenti.Dia merasakan seperti hilang sesuatu yang amat besar.Benda yang terpenting dalam hidupnya.Mimpikah dia?
"Wannn!!Kau nak mandi pukul berapa?Lewat dah ni".Suara Wak Yah memecah keheningan pagi.Zairil tersentak.Di capainya tuala lalu ke bilik air.
.....................................................................................................................
Di dalam bas Zairil cuba mengingati mimpinya.Masih segar ingatannya tentang Ina.Cuma ingatannya kabur bagaimana dia bertemu dengan Ina.Mana mungkin hanya mimpi.Segalanya dirasakan hidup di dunia sebenar.Sakit kepalanya berfikir.Lama kelamaan Zairil sedar dirinya sedang menuju ke matrikulasi.Inilah realiti.Tapi hatinya masih merasa kesakitan kehilangan Ina.
Bas Cepat Express memasuki Terminal Makmur maknanya dia sudah sampai ke Kuantan,Pahang.Zairil membuka matanya.Tidak dia sedar bilakah dia terlelap.Dipegang pipinya.Basah.
"Aku menangis ke"
Semua orang sedang berpusu-pusu mahu turun dari bas.Cepat-cepat dia mengesat pipinya.Dia turun dan mengambil barang-barangnya.Apa yang penting sekali adalah kerepek yang dibeli di tempatnya.Tidak di temui di Kuantan ini.Jika ada pun rasanya pasti berbeza.
Sedang Zairil bersedia untuk berjalan, dia terlihat satu wajah yang cukup di kenalinya.
"Ina!".Semua orang di situ mengalihkan pandangan kepada Zairil.Tidak semena-mena ingatannya ketika mimpi datang bertubi-tubi.Zairil meraung kesakitan.Orang di sekeliling mula panik.Zairil masih lagi meraung.Matanyanya berpinar-pinar.Zairil terjatuh.Pengsan.
Orang ramai mula mengelilingi Zairil.Cuba mengetahui apa yang terjadi.Zairil tersedar.Dia merasakan seperti dipangku seseorang.Perlahan-lahan dia membuka matanya.Kabur.Matanya dirasakan berat.Lama kelamaan wajah Ina terpampang di matanya.
"Ina.............Zairil rindu Ina.....",Zairil bersura perlahan.Air matanya mengalir.Dia menutup matanya kembali.
- END -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan