Aku cukup bosan dengan ikan duri. Pergi jeti, balik-balik muka diorang. Lagipun sebelum ni pengail-pengail tegar cukup tension dengan ketandusan ikan disetiap lokasi yang dituju. Otai-otai mengatakan waktu yang baik adalah ketika petang dan pagi selepas subuh. Mengetahui sikap kami yang memulakan pagi yang indah pada pukul 10pagi, kami pergi pada petang hari.
point of view
antara pengail tegar |
tak besar mana pun |
Seperti biasa nasib kami tidak seindah pelangi, hanya beberapa ekor ikan yang teperdaya dengan penipuan yang sering digunakan para pengail. Seko kepoh, seko haruan dan tiga eko ikan ubi atau dikenali di Johor dengan ikan ketutu-termasuk dua eko ikan ubi hasil sedekah orang ramai. Ok. Kat sini aku nak review pasal ikan ketutu ni. Perkenalkan En.Ketutu yang hodoh sehodoh Quasimodo Hunchback - tak kenal tanya Pn.Yahoo.
Cak!! |
Pada mula aku tak tahu ikan ni boleh makan ke tak. Ye la, mana tau beracun ke. Tak pasal-pasal terbaring aku kat ICU. Sebab tak silap aku, aku pernah nampak ikan ni kat longkang bandar Kluang. Tapi kebenaran hampir terserlah apabila peminat-peminat kami disitu mengatakan ikan ni ada nilai komersial yang tinggi. Harga pasaran- RM70 sekilogram!! Aku taknak percaya sangat sebab aku tengok ikan ni hodoh sangat, tak kan la mahal sangat. Ya, gelarlah aku stereotype. Balik rumah apabila nama En.Ketutu ditanya pada En.Google, keputusan amat memeranjatkan. Harga pasaran untuk ikan segar boleh memcecah RM80 dan RM150-RM200 untuk yang siap dimasak. Pergh!!Tanpa berlengah masa, ikan ini harus dimakan segera. En.Google memberi resepi ikan ketutu masak stim.Hasilnya....
ketutu dan haruan |
P/s | Harus mendapatkan saiz mega.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan