Give Away kawan saya

Kawan aku ada buat give away.
Aku taknak join sebab ada sebab.
Oleh kerana aku suka support member
Aku promote sikit ye.
Hadiah leh tahan untuk sape-sape nak cantik kan blog korang.

1st Prize:  A customized BLOG HEADER. Full color. (the winner will have to email me what you want for your blog header) and a comic entry dedicated to you.
2nd Prize: A customized BLOG HEADER. Full color.(Subject to my creativity)
3rd Prize: An artwork of you. Full color. (Subject to my creativity) 

Sila jenguk2 mana tau menarik minat korang.
So day, since i follow your blog, entry anda ada penambah baik kan.
Kalau tiba-tiba kau sampai sini,ni ada tempat kau nak blogwalking cari idea.

Terfaktab
DuniaSebelahZara 

Sekian. 

Kenapa blog ni wujud

Ada orang tanya
Kenapa blog kau macam ni
Entrinya tah pape
Ni jawapan aku
Blog ni tempat aku bercerita
Tempat aku merasa kehidupan
Blog aku bukan tujuan untuk berkongsi ramai
Bukan
Sebab tu macam ni
Macam yang korang tengok
Korang.
Seorang dua silent reader.

khayalan

Bila aku melihat ke belakang
Aku melihat kesuraman
Kegelapan
Kegelapan yang seolah memanggil diri
Dalam samar kegelapan
masih aku mencari-cari kebenaran
Walau aku tahu hakikat
Sesuatu yang akan mencengkam jiwa
Perasaan ingin tahu menghalang segalanya.
Teraba-raba aku mencari sesuatu
Biarpun lumpur terpalit
Biarpun tercucuk duri
Aku masih berdegil
Akhirnya aku tersesat sendiri
Seorang di dalam lumpur sejuk mendingin
Tercucuk duri mencengkam tubuh.
Hampa.
Aku tahu ini hanyalah mainan akal yang aku realisasikan sendiri
Jelas terasa dinginya
Jelas terasa sakitnya
Bagaimana ingin aku keluar dari khayalan sendiri?

serabut

Aku punyai masalah dengan diri sendiri
Dalam banyak pekara yang meragukan
aku punyai banyak persoalan
Kecuali dalam pembelajaran
Ini sangat terkecuali
Adakah ini kurangnya kepercayaan?

Aku suka memerhati
Aku suka menganalisis
Sendiri.
Persoalan demi persoalan
Kenapa begini
Kenapa begitu
Sehingga si pemberi jawapan memberi jawapan yang sempurna
Paling tidak pun sempurna bagi aku
Demi kepuasan diri.

Masalah.
Aku terbeban sendiri
Jika jawapan semakin menimbulkan persoalan.
Kerana aku memegang perinsip.
Jika soalan diputar sekalipun
Jika jawapan adalah benar
Akan ada konsistensi dalam setiap jawapan.
Jika tiada
Jawapan diberi salah
Atau erti kata lain si pemberi jawapan berbohong.
Lagi-lagi jawapan yang menimbulkan keraguan.

Otak ini akan berfikir paling kompleks
Memikirkan sebarang kemungkinan
Kemungkinan demi kemungkinan
Serabut.
Dalam aku menulis ini juga aku masih serabut.



pilihan kau kawan

kau sorang je yang teraniaya
bile kau salah
kau sorang je yang teraniaya
bila yang gelap jadi terang
kau sorang je yang teraniaya
bila terang lagi bersuluh
kau sorang je yang teraniaya
bila segala-galanya telah nyata
kau sorang je yang teraniaya
kawan
takde modal lain ke?
sejak dulu lagi aku sedar
kau guna kelemahan aku sebagai lelaki
menutup segala aib diri
kau ugut mahu berubah kembali
untuk aku terus sujud di kaki
aku turuti bukan kerana aku
kerana kasihankan kau
tiada apa untung untuk aku
hanya untuk kau
jika masih begini
tangan ini aku lepaskan
masih berguni beban
terima kasih meringankan.

aku suka kau

aku suka kau
aku berpunya kau seorang
aku suka kau
aku seorang kau berpunya
aku suka kau
aku berpunya kau seorang
benang hidup kita jarang bersilang
kau haluan kau
aku juga begitu
benang hidup kita bersilang
kau haluan kau
aku juga begitu
masanya tidak tepat
takdir memang begitu?

serampang limaploh mata

pertama
mintak maaf sangat-sangat pada si dia
from deep in my heart
im sorry
untuk entri sebelum ni.
saya mengaku saya salah sangka
=.=!

kedua
WTF!!
why should i help u
yeah u.
do your lab report.
WHAT!

ketiga
ok, i will do it sir.
i have no choice isnt.

keluhan


Aku terguris
Mungkin sedikit
Mungkin banyak
Betul-betul terasa

Seorang kawan kata dia dipergunakan
Aku terasa
Walaupun bukan secara khusus ditujukan pada aku
Mungkin bukan aku
Aku terasa
Bukan kerana aku bersalah
Seingat aku tak pernah aku mempergunakannya
Hanya kerana aku meminta nota
Nota yang dahulunya dijanjikan
Bukan aku meminta

Tapi nota itu sebagai alasan
Alasan aku cipta
Alasan untuk mengeratkan persahabatan
Aku jujur dalam ikatan ini

Entah la kawan
Mungkin aku terlalu sensitif
Tapi paling kurang pun balas la pesanan yang aku kirim
Selalu saja aku nampak kau di atas talian
Bila kau tak membalas
Dan menulis sebegitu di dinding sendiri
Serta menulis sedikit disini
Aku tertanya-tanya
Aku kah?
Selalukah aku meminta-minta?
Bagaimana kau rasa dipergunakan?

*mengeluh

Jujur la
Aku setakat diminta laporan makmal
Atau pun tugasan
Aku ringan memberi
Malah aku sedia bertanya kawan lama
Semata untuk memenuhi kehendak sesiapa pun
Sedikit pun tidak rasa terbeban
Sedikit pun tidak rasa digunakan
Aku anggap saling menolong
Apalah sangat kan
Laporan makmal lama
Tugasan lama

Aku terasa kawan.